Anda di sini

Pergerakan Wanita UMNO Tenom wujud jawatankuasa hadapi PRU

Advertisement
 Rahmahjan (tengah) menghidangkan kuih raya kepada tetamu pada majlis rumah terbuka itu.
YAKIN: Rahmahjan (tengah) menghidangkan kuih raya kepada tetamu pada majlis rumah terbuka itu.

KOTA KINABALU: Per-gerakan Wanita UMNO Tenom yakin pengundi di Parlimen Tenom akan terus memihak kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ketuanya, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata, Tenom adalah kubu kuat BN selama ini kerana rakyat di kawasan itu tahu apa yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan untuk kebajikan masyarakat di sana.

“Walaupun barang kali kita berhadapan pertandingan satu lawan satu pada PRU14 nanti, BN tetap akan menang di sini.

“Tidak dinafikan bahawa pihak pembangkang telah datang ke Tenom dan Keningau untuk meluaskan pengaruh mereka, tetapi Wanita UMNO yakin bahawa pengundi di Tenom sentiasa menyokong BN,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di sini, Ahad lalu.

Beliau berkata rakyat Tenom tidak yakin bahawa janji yang diberikan oleh pembangkang mampu direalisasikan.

Katanya Wanita UMNO Bahagian Tenom juga telah mewujudkan satu jawatankuasa untuk persediaan berhadapan PRU14.

“Sokongan yang diberikan sangat positif, kami menerima banyak panggilan dan bertanyakan mengenai kebimbangan para pengundi. Maklum balas juga telah diberikan oleh pemimpin kita di Tenom,” katanya.

Rahmahjan turut menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa bekerja kuat bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14 nanti.

Advertisement