Anda di sini

Mizma saran sektor swasta ambil tenaga kerja OKU

Advertisement
 Mizma bersama ahli Persatuan Kanak-Kanak Kurang Upaya Lahad selepas majlis berbuka puasa.
BERI PELUANG: Mizma bersama ahli Persatuan Kanak-Kanak Kurang Upaya Lahad selepas majlis berbuka puasa.

LAHAD DATU: Sektor swasta diminta membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka supaya guna tenaga sumber manusia negara dapat dioptimumkan.

Ketua Wanita UMNO Silam Mizma Appedullah berkata, syarikat perlu membuka minda untuk terima OKU bekerja bagi memberi peluang pada mereka mencari rezeki.

Katanya pada hari ini, banyak syarikat swasta seperti KFC dan McDonald menggunakan golongan OKU untuk bekerja dengan syarikat gergasi mereka, dan ramai juga OKU berjaya seperti dalam sukan Special Olympic, pelajar cemerlang OKU serta usahawan OKU.

Saya meminta agar golongan kurang upaya diberi peluang yang lebih luas untuk memegang jawatan dalam sektor berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Kanak-Kanak Kurang Upaya Lahad Datu, baru-baru ini.

Menurutnya, golongan berkenaan sepatutnya diberi peluang untuk bekerja di dalam sektor awam kerana ada antara mereka merupakan golongan bijak pandai dan lulusan universiti.

Segelintir syarikat swasta menidakkan keupayaan golongan OKU dan memberi pelbagai alasan, sedangkan golongan ini pernah mengikuti latihan dan program di sekolah. Kanak-kanak istimewa harus diberi tempat dalam pasaran kerja seperti golongan normal.

Mereka sering dipandang sinis dan peluang amat terhad walaupun mampu bekerja. Keadaan itu berlaku kerana persepsi umum bahawa golongan OKU tidak boleh bekerja.

Jelasnya perkata itu tidak betul, sedangkan mereka turut menerima latihan dan program yang sama seperti orang normal.

Saya ingin menyeru pihak majikan supaya jangan meminggirkan mereka. Ambil mereka bekerja dan bantu golongan ini untuk berdikari dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan pembangunan negara.

Advertisement