Anda di sini

50,000 kunjungi rumah terbuka Kabinet Sabah

Advertisement
 Musa dan isteri Datin Seri Faridah Tussin (tiga kiri) menghulurkan sampul duit raya kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri Sabah di Kompleks Sukan Likas di Kota Kinabalu, semalam. — Gambar Bernama
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI: Musa dan isteri Datin Seri Faridah Tussin (tiga kiri) menghulurkan sampul duit raya kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri Sabah di Kompleks Sukan Likas di Kota Kinabalu, semalam. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Kira-kira 50,000 tetamu menyertai Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin mengunjung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jemaah Kabinet Sabah di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, di Likas di sini semalam.

Meluahkan kegembiraannya melihat kehadiran begitu ramai pengunjung, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata ia menunjukkan Sabah sebuah negeri yang aman dan bersatu.

Alhamdulillah, kita dapat menyambut hari raya pada tahun ini dengan cukup meriah dan luar biasa...bukan sahaja orang Islam yang datang tetapi semua masyarakat pelbagai kaum dan agama turut hadir dengan semangat kekitaan yang cukup kuat.

Ini menunjukkan Sabah sentiasa aman dan damai. Mudah-mudahan perayaan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim, perasaan persaudaraan dan perasaan kekitaan antara kita,” katanya kepada pemberita.

Selain anggota kabinet negeri, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan. — Bernama

Advertisement