Anda di sini

RELA Marudi bergotong-royong masak dan agih bubur lambuk

Advertisement
 Roza (kanan) menyampaikan bubur lambuk kepada Imam Kampung Narum, Awang Saferi.
AGIH: Roza (kanan) menyampaikan bubur lambuk kepada Imam Kampung Narum, Awang Saferi.

BERSEMPENA dengan bulan puasa ini Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sarawak Daerah Marudi telah bergotong-royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai, khususnya umat Islam di Marudi.

Kerja amal oleh pasukan RELA itu, diketuai sendiri oleh Penolong Pegawai RELA Daerah Marudi, Roza Ringgau sambil dibantu anggota-anggotanya, baru-baru ini.

Sebanyak 300 bekas bubur lambuk telah diagihkan bermula dari surau Kampung Narum dan seterusnya ke Dataran Marudi pada lewat petang.

Menurut Roza, walaupun penat lebih-lebih lagi bagi anggota yang menunaikan ibadah puasa, namun mereka gembira dan seronok melakukannya, apatah lagi melihat sambutan menggalakkan daripada umat Islam serta segelintir masyarakat bukan Islam.

 Roza berharap aktiviti amal itu menjadi acara tahunan mereka bagi mendekatkan lagi pasukan RELA dengan orang awam, selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota mereka dan umat Islam di Marudi.

Advertisement