Anda di sini

‘Rasputin wanita’ dipenjara tiga tahun

Advertisement
 Gambar fail 16 Januari 2017 menunjukkan Choi ketika diiringi ke mahkamah di Seoul, Korea Selatan. — Gambar Reuters
BERSALAH: Gambar fail 16 Januari 2017 menunjukkan Choi ketika diiringi ke mahkamah di Seoul, Korea Selatan. — Gambar Reuters

SEOUL: Wanita yang menjadi tumpuan dalam skandal rasuah di Korea Selatan, Choi Soon-Sil, dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun semalam bagi kesalahan rasuah dalam bahagian pertama daripada satu rangkaian kes jenayah terhadapnya.

Seorang rakan lama kepada bekas presiden Korea Selatan yang dimalukan, Choi didapati bersalah ke-rana merasuah profesor bagi membolehkan anak perempuannya diterima masuk ke Universiti Wanita Ewha yang berprestij di Seoul dan menerima gred yang bagus, di sebalik rekod kehadiran yang kurang bagus.

“Mahkamah menjatuhi hukuman penjara selama tiga tahun terhadap tertuduh,” kata Mahkamah Daerah Pusat Seoul dalam satu kenyataan.

Seorang bekas dekan Universiti Ewha dan seorang ketua kolej menerima huku-man penjara selama dua tahun setiap seorang, seorang kakitangan universiti menerima hukuman penjara selama 18 bulan dan tiga profesor dijatuhi hukuman yang ditangguhkan, dengan dua profesor lagi didenda berhubung skandal tersebut, yang menimbulkan kemara-han orang awam di Korea Selatan yang taksub dengan pendidikan.

Choi turut dibicarakan bersama teman rapatnya, bekas presiden Park Geun-Hye, bagi tuduhan mereka memaksa beberapa syarikat besar termasuk Samsung untuk “menyumbang” pulu-han juta kepada beberapa yayasan yang dikawal oleh Choi.

Choi boleh berdepan dengan hukuman penjara selama beberapa dekad sekiranya disabitkan bagi tuduhan peras ugut dan salah guna kuasa.

Pewaris Samsung Lee Jae-Yong, yang turut ditangkap dan sekarang dalam perbi-caraan, menafikan meminta bantuan polisi ketika dia menemui Park, menegaskan bahawa Samsung adalah mangsa peras ugut oleh bekas presiden dan Choi.

Choi – digelar sebagai “Rasputin wanita” oleh media tempatan – mempunyai pe-ngaruh besar terhadap presiden ketika itu dan merupakan seorang pegawai penting dalam skandal melibatkan pengaruh yang mencetuskan bantahan jalanan besar-besaran yang membawa kepada pemecatan Park.

Park dikatakan telah membocor dokumen rahsia kepada rakannya, dan membenar-kan dia untuk campurtangan dalam hal ehwal negara – termasuk pelantikan pegawai kanan. — AFP

Advertisement