Anda di sini

Perkongsian DRB Hicom-Geely pacu Proton menuju kejayaan

Advertisement
 Najib (tengah) menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Persefahaman (MoU) di antara DRB-HICOM Berhad diwakili Syed Faisal (kiri) dan Zheijiang Geely Holding Group diwakili Presidennya, Ah  Chonghuyi (kanan) pada majlis tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.  — Gambar Bernama
TERMETERAI: Najib (tengah) menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Persefahaman (MoU) di antara DRB-HICOM Berhad diwakili Syed Faisal (kiri) dan Zheijiang Geely Holding Group diwakili Presidennya, Ah Chonghuyi (kanan) pada majlis tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perkongsian antara DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, yang bakal menyak-sikan Proton menjadi hab pengeluaran global model kereta pemanduan kanan  Geely, akan membawa pem-buat kereta nasional itu ke tahap kejayaan dan masa depan yang terjamin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Proton sudah menemui rakan yang paling sesuai.

“Dengan memanfaatkan te-knologi dan kepakaran Geely, Proton kini sudah bersedia untuk menghadapi cabaran mendatang,” katanya pada majlis pemeterian perjanjian definitif antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely di sini semalam.

Najib yang menyuarakan keyakinan beliau itu, ber-kata Proton akan mempunyai keupayaan dan sumber un-tuk pemulihan dan menjadi contoh kejayaan Malaysia, tanpa memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Beliau yakin menerusi perkongsian dengan Geely, syarikat yang mempunyai kelayakan, kepimpinan yang komited dan rekod yang su-dah terbukti, Proton dapat meluaskan kehadirannya dalam pasaran ASEAN.

Sebelum itu, Pengarah Urusan  DRB HICOM Datuk Seri Syed Faisal Albar men-gumumkan perjanjian dengan Geely membabitkan ker-jasama dalam tujuh bidang strategik.

Ini termasuk Proton akan diberikan hak eksklusif ke atas produk dan teknologi terkini Geely di rantau ini, serta akses melepasi pasaran Asia Teng-gara dan China, katanya.

Syed Faisal juga ber-kata Geely akan menjadikan operasi penyelidikan dan pembangunan milik Proton sebagai pusat kecemerlangan mereka di ASEAN, meleng-kapkan pelbagai tapak yang sudah mempunyai operasi mereka di seluruh dunia, katanya.

Malaysia juga akan menjadi hab kereta pemanduan kanan Geely di rantau ini, membole-hkan kapasiti kilang moden di Tanjung Malim digunakan sepenuhya, dan mewujudkan peluang baharu pekerjaan un-tuk penduduk tempatan dan luar negara, katanya.

Malim diberikan peluang un-tuk memasang kereta Volvo jika ada kapasiti,” katanya.

Geely memiliki Volvo sejak 2010.

Menerusi perkongsian strategik ini, Najib berkata ia boleh membuka ruang un-tuk Proton menjadi antara pembuat kereta utama di Asia Tenggara, dan antara eksport terhebat Malaysia ke rantau ini.

“Yang memberi kemenan-gan kepada Proton, kepada pemilik, untuk ekonomi Ma-laysia dan bagi beratus ribu rakyat Malaysia yang akan meraih manfaatnya.

“Perjalanan baharu Proton ini merupakan contoh pan-dangan jauh Malaysia,” ka-tanya dan menambah Proton menghadapi masalah dengan model perniagaannya, dan sentiasa tidak mampan dalam jangka panjang.

Najib juga menolak tang-gapan negatif serta kebim-bangan tidak berasas terha-dap pelaburan asing yang kononnya menjurus kepada hilangannya kedaulatan.

“Ini tidak akan berlaku dalam pemantauan saya. Dalam mana-mana kes, pan-dangan itu timbul disebabkan mereka tidak faham mengenai ekonomi.

“Menolak FDI (pelaburan langsung asing) kerana salah maklumat dan ada kalanya atas sebab-sebab rasis, hanya akan menyebabkan kemiskinan dan kemerosotan daya saing,” katanya. — Bernama

Advertisement