Anda di sini

Lelaki nafi ugut bapa diikat jamin

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki diperintahkan Mahkamah Majistret supaya dibebas dengan jaminan RM3,000 berserta dua penjamin tem-patan setelah menafikan tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Julai depan untuk pen-gurusan kes.

Sim Eng Huat, 42, dari Jalan Nilam, Lorong 2, Krokop di sini telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa huku-man penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut pertudu-han kes, tertuduh telah dituduh melakukan ugutan jenayah den-gan mengugut hendak membunuh Sim Boon Kiat @ Sim Leng Kui,  68, dan telah menum-buknya.

Kesalahan itu di-dakwa dilakukan ter-tuduh pada jam 10 pagi, 19 Jun lalu di rumahnya di Jalan Ni-lam, Lorong 2, Krokop di sini.

Pendakwaan dilaku-kan ASP Mary Ong di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie.

Advertisement