Anda di sini

Geely tandatangan kontrak akhir dengan DRB-HICOM

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pembuat kereta China, Zhejiang Geely Holding Group, menandatan-gani kontrak terakhir dengan DRB-HICOM Bhd, bagi memperoleh 49.9 peratus ekuiti DRB-HICOM dan 51 peratus kepentingan dalam jenama kereta sukan mewah, Lotus.

Dalam satu kenyataan di sini, syarikat itu berkata pengambilalihan itu dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan, dan selepas itu Geely akan membentuk pasukan pengurusan teras daripada  sekumpulan calon global un-tuk memastikan kelancaran operasi Proton. Pengeluar kereta China itu akan berusaha untuk meningkatkan daya sa-ing pasaran Proton dan Lotus serta berusaha untuk mem-perkukuh kebangkitan kedua-dua jenama itu, katanya.

Proton, yang ditubuhkan pada 1983, ialah unit mi-lik penuh DRB, pengeluar kereta terbesar di Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya di Asia Tenggara. Ia mempunyai operasi di UK, Asia Barat dan seluruh Asia Tenggara dan Australia.

Kereta Lotus, dengan warisan British dan kepakaran kejuruteraan yang tiada tand-ingannya,  menjadi jenama terkenal di dunia dan diiktiraf atas inovasi dan prestasinya.

Pengerusi Geely Holding Li Shufu berkata perkongsian syarikat itu dengan DRB-HICOM akan membolehkan Proton menjadi peneraju industri di Malaysia dan tiga jenama teratas di Asia Teng-gara.

Kami juga akan terus mem-perluaskan portfolio produk Lotus dan meningkatkan pengeluaran untuk mening-katkan lagi jenamanya.

“Pengetahuan serantau yang mendalam yang kami peroleh dari Proton dan Lotus melalui perkongsian transformatif ini, ditambah kepakaran teknologi dan kepimpinan dalam inovasi kami, akan membuka pintu bagi Geely untuk men-jadi penggiat utama dalam pasaran ASEAN, selain mem-bantu kami mencapai sasaran jualan  tiga juta unit pada 2020,” kata Li.

Pengarah Urusan DRB-HICOM Datuk Seri Syed Faisal berkata Geely, yang juga memiliki Volvo Cars Sweden, London Taxi Com-pany, LYNK & CO dan portfolio kereta jenama Geely Auto, adalah rakan kongsi kanan Proton. — Bernama

Advertisement