Anda di sini

Kushner adakan pertemuan ‘produktif’ dengan Netanyahu, Abbas: Rumah Putih

Advertisement
 Gambar serahan pejabat media pihak berkuasa Palestin (PPO) menunjukkan pertemuan antara Kushner (kiri)                    dan Abbas di pejabat pemimpin Palestin itu di bandar Ramallah di Tebing Barat, kelmarin. — Gambar AFP
‘PRODUKTIF’: Gambar serahan pejabat media pihak berkuasa Palestin (PPO) menunjukkan pertemuan antara Kushner (kiri) dan Abbas di pejabat pemimpin Palestin itu di bandar Ramallah di Tebing Barat, kelmarin. — Gambar AFP

BAITULMAQDIS: Jared Kushner, menantu dan penasihat kanan Presiden Amerika Syarikat (AS) Do-nald Trump, mengadakan pertemuan yang “produktif” dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan pemimpin Palestin Mahmud Abbas kelmarin, kata Rumah Putih.

Kushner, yang diiringi utusan Trump ke Timur Tengah, Jason Greenblatt, cuba mencapai persetujuan untuk memulakan lagi rundingan Israel-Palestin, yang beku sejak rundingan yang diketuai AS gagal pada 2014.

Duta Washington ke Israel, David Friedman, turut menghadiri perjumpaan dengan Netanyahu.

Tiga pegawai AS berke-naan membincangkan ke-utamaan dan langkah Israel yang berpotensi seterusnya dengan Perdana Menteri Netanyahu, bagi mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Israel dalam keselamatan di rantau itu,” Rumah Putih menyebut dalam satu kenyataan.

Pertemuan itu produktif dan kedua-dua pihak mene-gaskan semula komitmen mereka untuk memajukan matlamat Presiden Trump bagi keamanan yang tulen dan berkekalan di antara rakyat Israel dengan penduduk Pa-lestin yang meningkatkan lagi kestabilan di rantau berkenaan,” kenyataan itu menyebut.

Dalam video pendek yang dikeluarkan oleh pejabat Netanyahu, perdana menteri itu memberitahu Kushner: “Ini adalah peluang untuk mencapai matlamat kita yang sama bagi keselamatan, kemakmuran dan ke-amanan.”

Saya mengalu-alukan anda ke sini dalam semangat itu. Saya tahu mengenai usaha anda, usaha presiden, dan saya mengalu-alukan peluang untuk bekerja dengan anda.”

Greenblatt dan Kushner mengiringi Trump pada Mei lalu dalam lawatannya yang pertama sebagai presiden ke Israel dan wilayah Palestin.

Kedua-dua lelaki turut berjumpa dengan Abbas dan penasihat kanannya di Ramallah, diiringi Konsul Jeneral AS Donald Blome, bagi rundingan yang turut dianggap “produktif” oleh Rumah Putih.

Kushner dan Greenblatt berbincang dengan Presiden Abbas mengenai keutamaan bagi penduduk Palestin dan langkah seterusnya yang berpotensi, sebagai mengiktiraf keperluan bagi peluang ekonomi untuk penduduk Palestin dan pelaburan besar dalam ekonomi Palestin,” katanya.

Seorang pegawai Rumah Putih berkata pada minggu ini presiden Trump “amat percaya bahawa keamanan dapat dicapai”, dan Greenblatt serta Kushner dijangka melawat rantau berkenaan beberapa kali dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang dalam usaha untuk membina keyakinan di antara kedua-dua pihak. — AFP

Advertisement