Anda di sini

KOOCAN lancar perkhidmatan di Malaysia

Advertisement

Sediakan program, saluran televisyen yang pelbagai secara percuma melalui Internet

 (dari kiri) Roy dan William menunjukkan TV KOOCAN BOX, pelanggan boleh menonton rancangan TV dan filem yang berkualiti tinggi.
SIARAN BERKUALITI: (dari kiri) Roy dan William menunjukkan TV KOOCAN BOX, pelanggan boleh menonton rancangan TV dan filem yang berkualiti tinggi.

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan servis video antarabangsa KOOCAN Technology Limited (KOOCAN) melancarkan perkhidmatannya di Malaysia bagi memantapkan penguasaannya di Asia Tenggara.

 Melalui pelancaran itu, KOOCAN menyediakan program- program dan saluran televisyen yang pelbagai secara percuma melalui Internet untuk pengguna di Malaysia.

 Ia juga turut menawarkan 100,000 jam program dan kandungan dari negara China yang meliputi pelbagai genre seperti hiburan, drama, berita, fiksyen, sains fiksyen dan pelbagai lagi.

 Selain itu, KOOCAN juga berkongsi koleksi klip video yang menarik dari seluruh dunia dan ini adalah seiring dengan matlamat KOOCAN untuk membina hubungan antara negara-negara yang memiliki budaya serta gaya hidup berbeza.

 Pengurus Besar KOOCAN Technology Limited, Roy berkata, sudah sampai masanya untuk perkhidmatan seperti ini diperkenal di negara ini memandangkan hubungan yang terjalin di antara Malaysia dan negara Tembok Besar itu sangat akrab.

 “Seperti yang kita lihat sekarang ini kedua-dua negara telah berada dalam hubungan mesra untuk jangka masa yang panjang.

 “Bukan itu sahaja, kami melihat Malaysia bukan sahaja sebuah negara yang mengandungi unsur budaya yang berbagai-bagai tetapi juga sebuah negara yang bersifat terbuka. Budaya orang Cina di sini juga agak sama seperti di China. Dengan adanya program yang berbentuk budaya, kami harap dapat membuka peluang untuk rakyat Malaysia mempelajari budaya di sana.”

“Pada masa sama, tujuan kami memilih Malaysia sebagai titik permulaan pelancaran di rantau Asia juga adalah kerana pasarannya lebih luas dan ini sekali gus dapat menarik minat lebih ramai pelanggan untuk mempelajari budaya hiburan berkaitan dengan program televisyen atau filem yang berbeza,” katanya ketika ditemui wartawan Utusan Borneo untuk sesi temu bual bersama media di pejabat Great PR & Media Agency di Puchong, Selangor, semalam.

 Turut hadir pada sesi temu bual tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar KOOCAN Technology Limited, William.

 Mengenai pelan untuk mengembangkan perkhidmatan itu, William berkata syarikat itu merancang untuk memperkukuh kedudukannya dengan menjalin usaha sama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dan media hiburan yang lain.

 “Untuk perancangan jangka panjang, kami juga bercadang untuk menawarkan program asli tempatan dengan berbincang dengan pengeluar kandungan tempatan. Buat masa sekarang program yang kami siarkan hanya dari China sahaja dan kami juga akan turut membuat sari kata dalam bahasa Inggeris dan tempatan untuk penduduk di Malaysia.”

“Ini adalah kerana, sasaran kami bukan sahaja untuk penduduk Malaysia yang berbangsa Cina malah kami ingin semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa menikmati program yang disiarkan di KOOCAN,” katanya.

 Bercerita lanjut mengenai kerjasama bersama syarikat telekomunikasi terkemuka, RedONE Network Sdn. Bhd. (RedONE), Roy berkata, RedONE adalah rakan rasmi pertama kami di Malaysia.

 “Khas untuk pelanggan RedONE, KOOCAN akan memberikan pengisian program secara mingguan,” jelas beliau.

 Bagi yang berminat, orang ramai boleh mengakses kandungan menerusi aplikasi KOOCAN APP di Google Play dan iOS secara percuma.

 Pelanggan juga boleh menggunakan TV KOOCAN BOX dengan melihat rancangan kesukaan mereka bersama keluarga di rumah.

 KOOCAN boleh diakses di 30 negara di seluruh dunia dan mempunyai 500,000 pelanggan sehingga hari ini.

  • oleh
  • Advertisement