Anda di sini

Yoga hubungkan dunia: Modi

Advertisement
 Modi mengetuai sesi yoga di Lucknow, semalam sempena Hari Yoga Antarabangsa. — Gambar Reuters
GALAK: Modi mengetuai sesi yoga di Lucknow, semalam sempena Hari Yoga Antarabangsa. — Gambar Reuters

LUCKNOW: Yoga telah menghubungkan dunia dengan India, kata Perdana Menteri Narendra Modi semalam, ketika beliau membuka hamparannya bersama jutaan orang lagi di seluruh dunia untuk meraikan amalan purba itu.

Di kota barat Ahmedabad, 125,000 orang yang diketuai guru yoga selebriti Baba Ramdev berhimpun di kawa-san lapang untuk mencipta rekod Dunia Guinness baharu bagi sesi terbesar.

Polis di New Delhi menutup jalan untuk memberi ruang bagi sesi yoga besar-besaran.

Apabila semua kita, pada masa yang sama, melakukan pergerakan yang sama, ia rasa istimewa. Tenaga adalah berlainan,” kata Abhi Aggarwal, 24 tahun, ketika dia menunggu bersama ibu bapanya untuk memulakan sesi.

Perdana menteri India, seorang vegetarian sepenuhnya yang mengamalkan yoga setiap hari, mengetuai kira-kira 50,000 orang dalam satu sesi awal pagi di Lucknow, ibu kota negeri utara Uttar Pradesh.

Banyak negara yang tidak tahu bahasa, tradisi atau budaya kita sekarang dihubungi dengan India menerusi yoga,” kata Modi dalam ucapan.

Yoga menghubungkan badan, minda dan jiwa. Ia memainkan peranan besar dalam usaha menyatukan dunia juga,” katanya selepas melakukan pelbagai pos dikenali sebagai ‘asana’.

Semalam ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York diterangi imej pos-pos, di antara acara-acara yang diadakan di lebih 100 negara sempena Hari Yoga Antarabangsa ketiga.

Dari Tembok Besar China ke London Eye, penggiat yoga melakukan ‘asana’, atau pos-pos, di mercu tanda utama.

Rakaman televisyen menunjukkan askar India lengkap berseragam melakukan yoga di wilayah Ladakh, pada ketinggian 18,000 kaki di Pergunungan Himalaya. — AFP

Advertisement