Anda di sini

Lagu raya bahasa Sarawak

Advertisement

KUCHING: Geng Rindok-rindok menampilkan kelainan lagu Raya dengan lirik lagu yang menggunakan bahasa Melayu Sarawak.

Baharu dilancarkan dua hari lepas, lagu yang diberi judul 'Rindok-rindok Raya' itu mula meniti corong radio tempatan sekali gus memeriahkan lagi suasana Hari Raya, di sini.

Menurut penulis lirik dan komposer lagu tersebut, Abdul Halim Mostapha atau lebih popular sebagai Abang Alim berkata, ilham mencipta lagu Raya versi bahasa Melayu Sarawak itu tercetus selepas beliau merasakan tiba masanya untuk menerbitkan lagu Raya menggunakan dialek Melayu tempatan Sarawak.

"Idea asal ciptaan lagu ini adalah dari rakan baik saya sendiri iaitu Rahim Julai dan dengan semangat yang ada, saya terus mencipta bait-bait lirik lagu ini yang hanya mengambil masa setengah jam sahaja.

"Apa yang istimewa tentang lagu Raya ini, ia bukan sahaja memperdengarkan slanga bahasa Melayu Sarawak Kuching, tetapi juga dari pelbagai bahagian di negeri ini termasuk slanga Sri Aman, Spaoh, Sarikei dan banyak lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Geng Rindok-rindok menjadi kumpulan artis tempatan negeri pertama yang membawakan lagu Raya versi bahasa Melayu Sarawak.
Geng Rindok-rindok menjadi kumpulan artis tempatan negeri pertama yang membawakan lagu Raya versi bahasa Melayu Sarawak.

Jelas Abang Alim, rakaman klip video 'Rindok-rindok Raya' memakan masa satu minggu dengan menampilkan seramai 18 krew rakaman termasuk 14 penyanyi tempatan anak Sarawak.

Orang ramai boleh mendengar lagu Raya istimewa 'Rindok-rindok Raya' menerusi You Tube di https://www.youtube.com/watch?v=MPeRNdSYkTM&feature=youtu.be

  • oleh
  • Advertisement