Anda di sini

Harvey Norman buka operasi di Vivacity Megamall pada Nov ini

Advertisement
 Yaw Hang dan Kenneth bertukar dokumen sambil disaksikan Wong Soon Koh selepas selesai majlis menandatangani kerjasama antara Coramax Mall Sdn Bhd dan Harvey Norman di Vivacity Megamall, semalam. Turut kelihatan Alan Sim (kiri) dan Eddy Ng (kanan).
KERJASAMA: Yaw Hang dan Kenneth bertukar dokumen sambil disaksikan Wong Soon Koh selepas selesai majlis menandatangani kerjasama antara Coramax Mall Sdn Bhd dan Harvey Norman di Vivacity Megamall, semalam. Turut kelihatan Alan Sim (kiri) dan Eddy Ng (kanan).

KUCHING: Premis Harvey Norman bakal dibuka di Vivacity Megamall pada November tahun ini sekali gus menjadikan jenama dari Australia itu sebagai antara penyewa utama di pusat belibelah terbesar di Sarawak.

 Merealisasikan impian itu, Harvey Norman dan Coramax Mall Sdn Bhd telah menandatangani memorandum kerjasama antara Pengarah Eksekutifnya Sim Yaw Hang dan Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss.

 Majlis tersebut turut disaksikan Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh.

 Hadir sama, Pengarah Coramax Mall Sdn Bhd, Alan Sim Yaw Yen dan, Ketua Pengurus Besar Harvey Norman, Eddy Ng.

 Menurut Yaw Hang, berkeluasan 46,806 kaki persegi, Harvey Norman terletak di Aras 1 dan 2 di East Atrium.

 Katanya, ia merupakan cawangan pertama dibuka di Malaysia Timur yang menyediakan pelbagai jenis produk isi rumah.

 Sementara itu, Kenneth dalam ucapan ringkasnya, berkata Harvey Norman sentiasa berusaha untuk menyediakan pelanggan mereka dengan produk berkualiti dan perkhidmatan profesional setiap hari.

 “Kami mempunyai 260 premis di seluruh dunia termasuk 12 di Semenanjung Malaysia, dan kini Harvey Norman diperluaskan ke Sarawak,” katanya.

Advertisement