Anda di sini

Empat didakwa bunuh lelaki

Advertisement
 Mohd Shahrul (kanan),  Chee (dua kanan) dan Hor Yong (tiga kanan) antara individu termasuk seorang wanita yang didakwa di Mahkamah Majistret, Alor Setar, semalam. — Gambar Bernama
DIDAKWA: Mohd Shahrul (kanan), Chee (dua kanan) dan Hor Yong (tiga kanan) antara individu termasuk seorang wanita yang didakwa di Mahkamah Majistret, Alor Setar, semalam. — Gambar Bernama

ALOR SETAR: Seorang wanita dan tiga lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada hujung Mei lalu.

Tertuduh Farah Waheda Abu Bakar, 21, Mohd Shahrul Ikhwan Shahbani, 20, Hor Yong Wei,19,  dan Chee Woie Yong, 29, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, keempat-empat mereka bersama-sama lima lagi yang masih bebas didakwa membunuh Mohammad Fisol Abu Bakar,31, di Plaza Sentosa, Jalan Putra dekat sini pada 4 petang, 28 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin.

Mahkamah menetapkan 25 Sept untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat. — Bernama

Advertisement