Anda di sini

300 penduduk pelbagai kaum dan agama meriahkan Jom Sungkei Luar di Bintulu

Advertisement
 Muhamad Yakup (kiri) berbuka puasa  bersama penduduk setempat di Dewan Suarah Bintulu.
BERBUKA PUASA: Muhamad Yakup (kiri) berbuka puasa bersama penduduk setempat di Dewan Suarah Bintulu.

PROGRAM ‘Jom Sungkei Luar’ kali ketiga anjuran Bintulu Info dengan kerjasama Myvi Borneo dan Myvi Brotherhood telah disertai oleh 300 penduduk pelbagai kaum dan agama di bahagian ini di ruang legar Dewan Suarah Bintulu.

Penyelaras program merangkap Pentadbir Bintulu Info, Nur Haidir Razali berkata, penganjuran program dirancang untuk diadakan di padang Dewan Suarah dan disebabkan hujan, lokasinya dipindahkan ke ruang legar dewan terbabit.

Begitupun katanya, program tersebut tetap mendapat sambutan ramai yang menyertainya dengan membawa juadah makanan masing-masing untuk berbuka puasa.

Program dimulai dengan bacaan tahlil dan antara tetamu yang turut hadir pada program itu ialah Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari.

Datuk Seri Tiong turut beramah mesra dengan komuniti dalam program berbuka puasa beramai-ramai tersebut dan amat tertarik dengan aktiviti yang dijalankan sekali gus berharap aktiviti seumpamanya diteruskan pada masa akan datang,” jelasnya.

Haidir berkata program itu juga mendapat sokongan penuh daripada Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip walaupun tidak dapat hadir kerana sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

Beliau berkata, tujuan program itu diadakan adalah untuk mengajak orang ramai tanpa mengira kaum dan agama berbuka puasa beramai-ramai secara terbuka dan santai seperti dalam suasana perkelahan.

Ujarnya, program itu juga diadakan untuk mengerat hubungan silaturahim antara komuniti serta mengajak komuniti bukan Islam melihat sendiri cara umat Islam menjalani ibadah puasa dan seterusnya berbuka puasa.

 Tiong beramah mesra dengan Haidir  dan yang lain padaProgram ‘Jom Sungkei Luar’.
MESRA: Tiong beramah mesra dengan Haidir dan yang lain padaProgram ‘Jom Sungkei Luar’.
  • oleh
  • Advertisement