Anda di sini

Wanita mengaku salah dera anak tiri guna pembaris plastik

Advertisement

MIRI: Gara-gara mendera anak tiri menggunakan sebatang pembaris plastik, seorang wanita didenda RM8,000 atau 12 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen semalam.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Steve Ritikos setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Silva Ida Kuntan, 27, dari Desa Senadin di sini telah didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati telah mendera seorang budak perempuan berusia sembilan tahun (semasa kejadian) menggunakan sebatang pembaris plastik.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 6 pagi hingga 6 petang, 13 Mei 2015 di sebuah kuarters pekerja di Desa Senadin di sini.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong.

Advertisement