Anda di sini

Program Jelajah Ramadan 2007 di Kampung Jepak sarat pelbagai aktiviti

Advertisement
 Pandai dan Faridah mengagih-agihkan bubur pedas kepada penduduk setempat.
TERIMALAH: Pandai dan Faridah mengagih-agihkan bubur pedas kepada penduduk setempat.

PELBAGAI aktiviti diadakan dalam Program Jelajah Ramadan 2017 antaranya ziarah ke rumah penerima bantuan Titik Sentuhan dengan penyampaian sumbangan kepada 20 penerima dan memasak bubur pedas secara bergotong-royong dengan jumlah 500 bekas plastik bubur pedas sebelum diagih-agihkan kepada penduduk setempat di Masjid Darul Makmur Kampung Jepak.

Program anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), BintuluFM dan Malaysia LNG (MLNG) itu turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat.

Pada majlis yang sama MLNG turut menyampaikan sumbangan kepada surau dan masjid di Kampung Jepak.

Tazkirah ramadan juga disampaikan oleh Ustaz Aswat Osen dari Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu sebelum majlis berbuka puasa.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari dan dihadiri oleh Pemangku Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak merangkap Ketua Penolong Pengarah Siaran Radio RTM Sarawak Faridah Sulong, Ketua Bahagian Loji Malaysia LNG (MLNG) Pandai Othman, Penyelia RTM Bintulu Jenny Achan, Penghulu Drahman Kawi dan Pengerusi Masjid Darul Makmur Sauni Saibi serta kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Bintulu.

 Menyediakan bubur pedas di hadapan Masjid Darul Makmur Kampung Jepak sebelum diagih-agihkan kepada orang ramai.
BERGOTONG-ROYONG: Menyediakan bubur pedas di hadapan Masjid Darul Makmur Kampung Jepak sebelum diagih-agihkan kepada orang ramai.
  • oleh
  • Advertisement