Anda di sini

Letupan gegar pusat beli-belah di Colombia

Advertisement
 Gambar daripada media sosial serahan Nicolas Moncada menunjukkan reaksi orang ramai yang berada di dalam pusat belibelah Centro Andino selepas letupan tersebut di Bogota, kelmarin. — Gambar Reuters
CEMAS: Gambar daripada media sosial serahan Nicolas Moncada menunjukkan reaksi orang ramai yang berada di dalam pusat belibelah Centro Andino selepas letupan tersebut di Bogota, kelmarin. — Gambar Reuters

Wanita Perancis antara yang maut dan cedera dalam kejadian di daerah mewah di ibu negara

BOGOTA: Tiga termasuk seorang wanita muda dari Perancis maut manakala sembi lan lagi cedera kelmarin apabila satu letupan menggegarkan sebuah gedung beli-belah mewah di Bogota, kata pihak berkuasa, manakala satu-satunya kumpulan gerila yang aktif di negara itu mengecam insiden tersebut.

 Seorang wanita Perancis, 23, maut dalam serangan itu, menurut datuk bandar di kota itu.

 Dua warga Colombia mati kerana kecederaan yang dialami, menurut Klinik Negara.

 Seorang lagi wanita Perancis berusia 48 tahun turut cedera, menurut klinik tersebut.

 Datuk Bandar Bogota Enrique Penalosa berkata pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan kumpulan yang bertanggungjawab atas letupan itu, tetapi pasti ia adalah satu serangan pengganas pengecut.

 Wanita Perancis yang terkorban sudah bekerja selama enam bulan di sebuah sekolah dalam kejiranan mundur, kata Penalosa.

 Duta Perancis ke Colombia Gautier Mignot mengesahkan kematian wanita berusia 23 tahun itu dan memberitahu sebuah stesen radio di Bogota bahawa mangsa dipercayai bersama ibunya.

 Presiden Juan Manuel Santos mengecam serangan itu dalam Twitter.

 Beliau kemudian tiba di tempat kejadian dan berkata tiada petunjuk yang jelas mengena i pihak yang bertanggungjawab bagi letupan itu, tetapi menekankan mereka yang mendalanginya akan ditangkap dan dipertanggungjawabkan.

 Ketua Polis Negara Jeneral Jorge Nieto memberitahu pemberita, sebuah ‘artifak’ telah diletak di belakang salah sebuah mangkuk tandas dalam tandas wanita.”

“Kami sudah menubuhkan pa sukan penye l idika n untuk menjalankan siasatan awal,” katanya.

 “Kami sedang mengambil langkah pencegahan.” Polis berkata kira-kira pada jam 5 petang waktu tempatan, letupan berlaku dalam tandas di gedung beli-belah Centro Andino yang sesak dengan pengunjung menjelang Hari Bapa dan terletak dalam kawasan mewah di ibu negara Colombia yang popular di kalangan orang asing.

 “Kami sedang melayan pelanggan dan kami terdengar bunyi letupan di tingkat dua.

 “Letupan berlaku dalam tandas kerana beberapa wanita menangis ketika mereka keluar,” kata Michael Montoya, yang bekerja di sebuah kedai pastri di tingkat tiga.

 “Asap amat tebal dan orang keselamatan menyuruh kami keluar.

” Bangunan dikosongkan ketika polis, ambulans dan anggota bomba dengan cepat tiba di tempat kejadian yang popular kerana bar, restoran dan kelab malamnya.

 Colombia masih bergelut dengan perang saudara yang sudah berlaku lebih setengah abad antara pejuang gerila, kumpulan separa tentera dan tentera kerajaan – menyebabkan sekurangkurangnya 260,000 orang terkorban, 60,000 orang hilang, dan 7.2 juta hidup dalam pelarian.

 Kerajaan sedang mencari keamanan penuh selepas mencapai perjanjian damai pada tahun lepas dengan Tentera Revolusi Colombia (FARC).

 ELN, dengan 1,500 anggota, me rupakan kumpul a n gerila terakhir yang masih aktif di negara itu, dan ia pantas mengecam serangan berkenaan.

 “ELN Paz mengecam insiden yang dikesali ini,” kumpulan itu menulis dalam akaun Twitternya dan berkata serangan itu ke atas orang awam.

 “Kami turut merasai penderitaan yang dialami dan berdiri dalam solidariti dengan mangsa,” tulis kumpulan tersebut.

 “Kerajaan harus menyiasat dengan terperinci untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

” Ketua FARC, Rodrigo Londono, dikenali sebagai Timochenko, turut mengecam letupan tersebut sekeraskerasnya.

 “Solidariti dengan mangsa pada hari ini di Bogota.

 “Perbuatan ini dilakukan hanya oleh mereka yang mahu menutup jalan keamanan dan perdamaian,” tulisnya dalam Twitter.

 —AFP

Advertisement