Anda di sini

Bengkel Sains tarik minat dalam Fizik dan Kimia

Advertisement
 Peserta, fasilitator dan pasukan kimia dan fizik dari Jabatan Sains dan Kejuruteraan yang menyertai bengkel tersebut.
BENGKEL: Peserta, fasilitator dan pasukan kimia dan fizik dari Jabatan Sains dan Kejuruteraan yang menyertai bengkel tersebut.

LEBIH 30 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Luak di Miri mengambil bahagian dalam Bengkel Sains anjuran Institut Jurutera Kimia (IchemE) Cabang Pelajar Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) di kampus tersebut.

 Bengkel tersebut merupakan sebahagian program ‘outreach’ pelajar IchemE bertujuan menyemai minat dalam kejuruteraan dan sains sekali gus menggalakkan pelajar sekolah menengah melanjutkan pelajaran dalam bidang itu.

 Program berterusan ini disokong oleh Jabatan Sains dan Kejuruteraan Asas, Fakulti Kejuruteraan dan Sains.

 Ia diadakan di makmal kimia fakulti di mana lapan pelajar diberi demonstrasi menggunakan teori fizik dan kimia di bawah kendalian pensyarah dari Jabatan Sains dan Kejuruteraan Asas.

 Setiap kumpulan pelajar dibahagi kepada lima kumpulan dan diberi peluang antara 10 hingga 15 minit untuk melakukan eksperimen secara ringkas.

 Ketua pasukan bengkel, Lai Zhenyue berkata pengalaman melakukan eksperimen ini sangat efektif untuk menarik minat pelajar dalam bidang kimia dan fizik.

 Eksperimen ini menjadikan pembelajaran kimia dan fizik lebih menarik berbanding pembelajaran teori sahaja yang membosankan,” katanya.

 Seorang fasilitator dan penunjuk cara, Pensyarah Bersekutu Natallee Faith Kwan berharap pengalaman itu dapat membuka minda pelajar sains adalah bidang menyeronokkan.

 “Mereka menunjukkan semangat jitu dan mengambil bahagian dalam semua eksperimen yang dilakukan.

 Saya berharap ini akan menambah minat mereka mempelajari sains pada masa akan datang,” katanya.

 Pengerusi penganjur Program Komuniti ‘Outreach’ IchemE Gibson Tan Yao Sheng berkata program itu diharap dapat meningkatkan kesedaran betapa pentingnya pendidikan selain memberi inspirasi kepada pelajar berfikir secara kritikal dan belajar sepanjang hayat.

  • oleh
  • Advertisement