Anda di sini

RELA sumbang 600 bungkus bubur lambuk kepada penduduk Kabong

Advertisement

KABONG: Sebanyak 600 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada penduduk kampung di sini, baru-baru ini.

 Bubur lambuk itu adalah sumbangan Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA).

 Penyediaan dan pengagihan bubur lambuk kepada masyarakat dikendalikan pasukan relawan dan relawati daerah Kabong.

 Pegawai Perhubungan RELA Kabong, Ismail Deni berkata agihan bubur lambuk itu julung kalinya dikelolakan pihaknya kerana sebelum ini aktiviti itu dikendalikan oleh masjid.

 “Terima kasih juga kepada Ibu Pejabat RELA Kuching yang telah menghulurkan sumbangan bagi menjayakan agihan bubur lambuk kali ini.

 “Semoga tahun hadapan RELA Kabong dapat meneruskan usaha murni ini lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan,” katanya.

 Majlis agihan bubur lambuk kepada penduduk diadakan di pekarangan Pusat Operasi RELA (POR) Kabong.

 Sesi pengagihan bubur lambuk itu dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir.

Advertisement