Anda di sini

Kapal tentera laut AS dilanggar kapal kontena

Advertisement
 Kombinasi gambar serahan Pengawal Pantai Jepun semalam menunjukkan kerosakan pada kedua-dua kapal USS Fitzgerald (kiri) dan ACX Crystal di luar pantai Shimoda. — Gambar AFP
SITUASI TERUK: Kombinasi gambar serahan Pengawal Pantai Jepun semalam menunjukkan kerosakan pada kedua-dua kapal USS Fitzgerald (kiri) dan ACX Crystal di luar pantai Shimoda. — Gambar AFP

Tujuh anak kapal hilang manakala komander antara cedera di atas USS Fitzgerald Bryce Benson

TOKYO: Tujuh anak kapal di dalam sebuah kapal pemusnah AS telah hilang dan komander mereka mengalami kecederaan semalam selepas kapal pemusnah Tentera Laut mereka bertembung dengan sebuah kapal kontena didaftarkan di Filipina di luar pantai Jepun, dengan kapal AS yang mengalami kerosakan teruk telah separuh tenggelam.

 Sementara itu, dua lagi telah tercedera di samping pegawai pemerintah USS Fitzgerald Bryce Benson, menurut pihak tentera dalam satu kenyataan.

 “Dua kelasi, sebagai tambahan kepada pegawai pemerintah, telah dipindahkan bagi tujuan perubatan dari USS Fitzgerald ke Hospital Tentera Laut AS Yokosuka akibat melecet dan lebam,” tambahnya.

 “Terdapat tujuh kelasi yang belum diketahui nasib mereka, kapal dan pihak Pengawal Pantai Jepun masih terus mencari mereka.

” Pertembungan di antara kapal pemusnah per l u berpandu AS dan ACX Crystal telah berlaku di luar pantai semenanjung Izu di barat daya Tokyo, pada kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan semalam, menurut pihak pengawal pantai Jepun dan tentera Laut AS.

 “Sekarang kami sedang mencari individu yang hilang,” menurut seorang jurucakap pengawal pantai, sambil menambah bahawa mereka telah bertindak berdasarkan kepada maklumat yang dibekalkan oleh pihak tentera AS.

 Rakaman udara bagi televisyen menunjukkan seorang mangsa yang berada di atas pengusung dan seorang anggota penyelamat Jepun telah ditarik keluar oleh sebuah helikopter yang berlegar-legar di atas kapal pemusnah yang besar itu.

 Pihak pengawal pantai telah menghantar lima kapal, dua pesawat dan satu pasukan anggota penyelamat yang dilatih khas ke kawasan t e r s e b u t , m e n u r u t jurucakap.

 Kapal sepanjang 154-meter Fitzgerald adalah berpusat di Yokosuka di semenanjung Izu dan beroperasi di Pasifi k serta Laut Jepun (Laut Timur).

 Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam Twitter, ketua operasi tentera laut AS Laksamana John Richardson menyatakan: “Dengan banyak maklumat yang didapati kami akan pastinya berkongsikan ia dengan keluarga Fitzgerald dan bila bersesuaian dengan orang awam juga.

 “Semua ingatan dan kebimbangan kami adalah bersama dengan kru dan ahli keluarga Fitzgerald.

” Video oleh pihak penyiaran awam Jepun NHK menunjukkan kerosakan teruk pada bahagian kanan kapal Fitzgerald di bahagian atas menara kawalan, dan bahawa kapal itu telah dimasuki air.

 Seba t ang hos j ingga kelihatan di atas dek, dengan ramai kru dilihat memeriksa kerosakan.

 NHK menyatakan kapal pemusnah, yang ditarik oleh dua kapal tunda, sedang belayar ke Yokosuka.

 “Kapal USS Fitzgerald telah mengalami kerosakan pada bahagian atas kanan kapal dan di bawah paras air.

 Pertembungan telah menyebabkan sedikit banjir,” menurut tentera laut.

 Seorang pegawai pertahanan AS member i tahu AFP bahawa “para kelasi telah mengeluarkan air” yang menenggelami kawasan di dalam kapal.

 Fitzgerald masih menggunakan kuasanya sendiri walaupun dorongannya t e rhad, ” menurut Tentera Laut AS.

 Sementara rakaman menunjukkan kerosakan ringan di haluan ACX Crystal.

 Seramai 20 anggota kru telah berada di atas kapal kontena dan tiada sesiapa yang mengalami kecederaan, menurut s eor ang l agi jurucakap pengawal pantai Jepun, sambil menambah bahawa kapal itu telah belayar secara berasingan kembali ke sebuah pelabuhan Tokyo.

 “Kami sekarang sedang menyiasat kes itu ketika maklumat lanjut, termasuk keadaan cuaca pada masa itu, adalah tidak perolehi,” menurut jurucakap tersebut.

 ACX Crystal merupakan sebuah kapal kontena komersial sepanjang 222 meter yang, menurut kepada laman sesawang pengesanan marin, sebagai dalam perjalanannya ke Tokyo.

 Kapal yang membawa bendera Filipina namun telah disenaraikan sebagai dimiliki oleh gergasi perkapalan Jepun NYK Line.

 — AFP

Advertisement