Anda di sini

Wartawan Honduras, calon pilihan raya, ditembak mati

Advertisement
 Gambar serahan Polis Negara Honduras menunjukkan Alvaro Euceda (tengah) yang disyaki membunuh Funez, ketika dalam tahanan polis di La Ceiba, sebuah bandar 300 kilometer ke utara Tegucigalpa kelmarin. — Gambar AFP
SUSPEK: Gambar serahan Polis Negara Honduras menunjukkan Alvaro Euceda (tengah) yang disyaki membunuh Funez, ketika dalam tahanan polis di La Ceiba, sebuah bandar 300 kilometer ke utara Tegucigalpa kelmarin. — Gambar AFP

TEGUCIGALPA: Seorang wartawan Honduras yang merupakan calon dalam pilihan raya perundangan pada November ini ditembak mati kelmarin oleh seorang lelaki bersenjata di depan kediamannya di utara bandar pelabuhan La Ceiba, menurut polis.

Victor Funez yang ber-usia 49 tahun mengacarakan program komentari dalam televisyen, telah ditembak mati “oleh seorang individu yang menunggang sebuah motosikal,” jurucakap polis, Pesuruhjaya Julian Hernandez, memberitahu AFP.

Beliau merupakan calon bagi pemerintah konservatif Parti Nasional dalam pilihan raya akan datang.

Motif bagi jenayah adalah tidak diketahui, kata Her-nandez.

Polis kemudian menahan seorang suspek.

Satu kamera keselamatan di depan kediaman Funez merakamkan saat-saat ketika pembunuh bermotosikal, memakai sebuah topi keledar dan seluar pendek, menghampiri mangsa dan menembak beliau beberapa kali pada jarak dekat.

Video tersebut, ditular dalam media sosial dan dilaporkan oleh syarikat media Honduras, menunjukkan pembunuh itu kelihatan telah mengambil sesuatu daripada salah satu poket Funez.

Beberapa organisasi hak asasi manusia menyatakan Funez adalah wartawan yang ke-70 terbunuh di Honduras sejak 2003.

Negara tersebut, mencatat kadar homisid yang sangat tinggi, telah dianggap sebagai antara tempat yang paling berbahaya di dunia untuk wartawan. — AFP

Advertisement