Anda di sini

Guru wanita serang Guru Besar

Advertisement

(Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada menerusi media sosial atau bercetak tanpa kebenaran dan kredit kepada Utusan Borneo akan diambil tindakan.)

SIBU: Seorang guru wanita 'bermasalah' ditahan oleh polis kerana disyaki menyerang guru besar dengan menyimbah air panas sehingga menyebabkan kelecuran pada anggota badan mangsa.

Insiden tersebut berlaku di sebuah sekolah rendah (SJK) di Lebaan, dekat sini, pada jam 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Saiful Bahri Abdullah berkata, insiden itu berlaku semasa pengadu, 40, sedang membuat pemantauan semasa sesi pengajaran di sekolah berkenaan.

"Satu perselisihan faham telah berlaku antara mereka (suspek dan guru besar) selepas suspek berumur 49, mempersoalkan kehadiran pengadu yang membuat pemantauan mengejut sebelum pertengkaran tercetus," katanya.

Dipercayai 'spot check' itu menimbulkan rasa tidak puas hati suspek terhadap guru besar yang seakan-akan tidak percaya dengannya menjalankan tugas.

Menurut Saiful, suspek telah bertindak mengejar dan bertindak menyimbah air panas dari gelas yang dipegangnya ketika pengadu cuba keluar dari kelas tersebut.

Pengadu juga ditendang oleh suspek dengan kaki selain cuba dipukul dengan gelas tetapi sempat ditepisnya.

"Akibat itu, pengadu telah mengalami kecederaan (lecur) di bahagian lengan kiri dan bahagian belakang badan sebelah kiri serta calar di betis sebelah kiri," katanya lagi.

Susulan insiden itu, Polis yang bertindak daripada maklumat telah berjaya menahan suspek.

Difahamkan, suspek pernah menyerang beberapa orang guru besar yang lain sebelum ini.

Suspek juga pernah menyerang seorang guru besar wanita di sekolah sama namun mangsa hanya membuat laporan polis sebagai rujukan sahaja dua tahun lepas.

Menurut Saiful kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyem 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Suspek terbabit telah ditahan di lokap Balai Polis Sg. Merah dan akan direman pagi ini utk siasatan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement