Anda di sini

Militan serang restoran di Mogadishu, lapan terbunuh

Advertisement
 Tiga lelaki mengangkat mayat mangsa terbunuh dalam serangan di sebuah restoran di Mogadishu, semalam. — Gambar Reuters
MAUT: Tiga lelaki mengangkat mayat mangsa terbunuh dalam serangan di sebuah restoran di Mogadishu, semalam. — Gambar Reuters

MOGADISHU: Satu serangan dan pengeboman kereta nekad oleh puak militan Shabaab ke atas dua restoran bersebelahan di ibu negara Somalia, Mogadishu, berakhir pagi semalam dengan 18 kematian, kata seorang jurucakap kerajaan.

Operasi itu sudah ber-akhir sekarang dan lelaki bersenjata terbabit dibunuh oleh pasukan keselamatan,” kata Mohamed Ahmed Arab, jurucakap bagi kementerian keselamatan Somalia.

Mereka telah menyerang tempat perniagaan dan membunuh orang awam yang tidak bersalah: 18 orang awam terbunuh, termasuk seorang warga Syria, dan lebih 10 lagi cedera,” katanya.

Serangan itu bermula sekitar jam 8 malam (waktu tempatan) pada petang kelmarin dengan satu serangan bom kereta nekad di kelab dan restoran Post Treats, dan selepas itu lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam restoran Pizza House yang berdekatan.

Kedua-dua tempat digemari orang Somali diaspora, muda dan mewah dan sibuk kerana pelanggan sedang berbuka puasa.

Lelaki bersenjata terbabit sepanjang malam berkeliaran di dalam restoran dan membunuh orang yang mereka jumpai terperangkap sebelum mereka akhirnya dibunuh oleh pasukan ke-selamatan. — AFP

Advertisement