Anda di sini

Lelaki maut rempuh bas

Advertisement

Mangsa dari Menggatal menuju ke UMS ketika kejadian

KINABALU: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh bas yang dinaiki skuad Liga Super Sarawak di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS), dekat sini malam kelmarin.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata mangsa yang dikenali sebagai Mohd Taufik Sulaiman, 24, mati di tempat kejadian dalam kemalangan pada jam 7.40 malam itu.

Mangsa yang berasal dari Menggatal dalam perjalanan dari Indah Permai menuju ke UMS.

Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah merempuh bahagian belakang bas berkenaan yang ketika itu sedang membuat pusingan ‘U’,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Chandra berkata akibat daripada kemalangan itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah dan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Likas. — Bernama

Advertisement