Anda di sini

Lelaki anti-Trump tembak penggubal undang-undang

Advertisement

Cederakan ahli Kongres Republikan dan tiga lain sebelum dibunuh polis

 Ejen FBI dan penguat kuasa undang-undang lain memeriksa kenderaan dipercayai milik suspek selepas serangan tembakan semasa latihan perlawanan besbol amal untuk ahli Kongres Republikan di Eugene Simpson Statium Park di Alexandria, Virginia kelmarin. — Gambar AFP
SIASAT: Ejen FBI dan penguat kuasa undang-undang lain memeriksa kenderaan dipercayai milik suspek selepas serangan tembakan semasa latihan perlawanan besbol amal untuk ahli Kongres Republikan di Eugene Simpson Statium Park di Alexandria, Virginia kelmarin. — Gambar AFP

ALEXANDRIA: Seorang pengkritik Presiden Donald Trump menggunakan raifal kelmarin untuk menembak beberapa penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) yang sedang berlatih untuk satu perlawanan besbol amal, mencederakan dengan parah seorang ahli Kongres Republikan terkemuka dan tiga lagi sebelum dia dibunuh oleh polis.

Lelaki bersenjata berusia 66 tahun itu dikenali sebagai James T. Hodgkinson dari Belleville, Illinois, seorang penyokong kuat senator libe-ral Bernie Sanders – yang menyatakan beliau “muak” dengan “perbuatan yang jijik” itu.

Dalam satu ucapan kepada seluruh negara, Trump merayu untuk perpaduan ekoran serangan pagi di Alexandria, Virginia, pinggir bandar Washington, yang berlaku ketika ketegangan politik kepartian begitu serius di ibu negara AS selepas pili-han raya 2016 yang begitu menyakitkan hati.

Kita paling kuat apabila kita bersatu dan apabila kita bekerjasama demi kebaikan semua,” kata presiden itu.

Ahli Kongres Steve Scalise – ahli Republikan number tiga dalam Dewan Perwakilan dan penyokong kuat hak senapang di AS – menjalani pembedahan selepas ditembak di bahagian pinggul kiri.

Beliau masih dalam keadaan parah ekoran pembedahan awal dan pemindahan darah, kata MedStar Washington Hospital Center dalam maklumat terkini lewat kelmarin.

Peluru menembusi tulang pelvisnya, meretakkan tulang, mencederakan organ dalaman, dan menyebabkan pendarahan yang teruk,” satu kenyataan menyebut. “Beliau memerlukan pembedahan selanjutnya.”

Tiga lagi terkena tembakan dan cedera: seorang pembantu Kongres, seorang pelobi untuk Tyson Foods, dan seorang pegawai Polis Capitol AS.

Seorang lagi pegawai polis Capitol mengalami kece-deraan bukan tembakan, kata Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Dua ahli Kongres berkata mereka mengalami kecederaan ringan ketika mereka cuba mencari tempat perlindungan.

Trump menganggap Sca-lise sebagai seorang “rakan yang sangat bagus” dan “patriot”, dan memberitahunya: “Amerika sedang berdoa untuk anda dan Amerika sedang berdoa untuk semua mangsa serangan yang dahsyat ini.”

Beliau dan Wanita Pertama Melania Trump kemudian melawat Scalise di hospital, dengan membawa bunga.

FBI berkata ia sedang berusaha untuk mengesan dua senjata, selaras raifal dan sepucuk pistol, dan sedang menyiasat dengan aktif “kenalan, lokasi, gambaran media sosial, dan motivasi berpotensi” Hodgkinson.

Menurut laman Facebook-nya, Hodgkinson merupakan penyokong kuat Sanders, ahli bebas bersemangat yang menentang Hillary Clinton bagi pencalonan presiden Demokrat pada tahun lepas.

Paparan media sosial Hodgkinson menunjukkan sentimen anti-Trump yang kuat.

Saya tahu dia tidak gembira dengan perkembangan yang berlaku, keputusan pilihan raya dan sebagainya,” kata adiknya, Michael  Hodgkinson, kepada akhbar The New York Times.

Namun beliau berkata berita tentang serangan tembakan itu “sama sekali tidak dijangkakan”.

Sanders dengan pantas mengulas mengenai laporan bahawa suspek telah menjadi sukarelawan dalam kempen pilihan raya presidennya.

Saya muak dengan perbuatan yang jijik ini,” kata-nya.

Biarlah saya menjelaskannya sejelas mungkin. Keganasan sebarang jenis tidak dapat diterima di dalam masyarakat kita dan saya mengecam tindakan ini sekeras-kerasnya.”

Semua undian dalam Dewan kelmarin dibatalkan, tetapi perlawanan besbol tahunan Kongres akan di-teruskan mengikut rancangan di Nationals Park.

Kita akan bermain pada malam esok jam 7.05,” kata Ahli Kongres Joe Barton, pengurus pasukan Republi-kan, pada sidang akhbar bersama Mike Doyle, pengurus pasukan Demokrat.

Doyle meletakkan tangannya di atas bahu Barton beberapa kali ketika ahli Republikan itu, yang berada di latihan berkenaan bersama anak lelakinya, menceritakan suasana ketika beliau menye-dari kawan dan rakan sekerja sedang diserang.

Anda tahu, ia tidak memerlukan insiden seperti ini untuk menyatukan kita,” kata Doyle, dan Barton mengakui iklim politik yang amat tegang sekarang telah meluaskan lagi jurang antara parti-parti di Capitol Hill.

Selepas taklimat semua ahli di mana ahli-ahli Demokrat dan Republikan berpegangan tangan dan berdoa, Speaker Dewan Paul Ryan dan ahli terkemuka Demokrat Nancy Pelosi berucap kepada dewan yang suram dan menyatakan penggubal undang-undang “bersatu”.

Serangan berlaku sejurus selepas jam 7 pagi ketika pasukan Republikan berlatih untuk perlawanan amal yang amat disukai itu. — AFP

Advertisement