Anda di sini

5 universiti penyelidikan Malaysia 10 teratas ASEAN

Advertisement

PUTRAJAYA: Kesemua lima universiti penyelidikan negara kini berada dalam senarai 10 tangga teratas universiti negara-negara ASEAN, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, Universiti Malaya (UM) berada pada tangga ketiga universiti terbaik di ASEAN sementara Universiti Putra Malaysia (UPM)  dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing berada pada tangga keempat dan kelima.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada pada tempat ketujuh sementara Universiti Sains Malaysia (USM) pada tangga kelapan,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian dan Akujanji Konsortium Hospital Pengajar Universiti Awam di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini semalam.

Turut tersenarai dalam 10 teratas universiti ASEAN ialah universiti dari Singapura, Thailand dan Indonesia.

Minggu lepas kelima-lima universiti penyelidikan negara diumumkan tersenarai dalam kelompok satu peratus universiti teratas dalam senarai ranking dunia bagi tahun 2017/2018 terbitan Quacquarelli Symonds (QS). — Bernama

Advertisement