Anda di sini

12 Sept tentu nasib isteri bunuh suami

Advertisement

SIBU: Mahkamah Tinggi di sini petang semalam menetapkan 12 September akan datang bagi menentukan nasib isteri seorang bekas pegawai bank didakwa membunuh suaminya itu pada 14 Jun 2012.

Hakim Datuk Nor-cahaya Arshad menetapkan tarikh tersebut pada akhir kes pembelaan oleh isteri pegawai bank terbabit, Ling Hang Tsyr, selepas pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya pada Isnin lepas.

Ling, 36, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, Tiong King Guan, 30, didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan bekas suaminya iaitu Stephen Wong.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama. Seksyen 302 memperuntukan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh utama dalam kes ini iaitu Ling Hoe Ing, 28, telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif pada 1 Oktober 2013 dan dijatuhkan hukuman 16 tahun penjara.

Hoe Ing didakwa me-ngikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat untuk membunuh.

Ketika membela diri semalam, Ling memberitahu dia tidak mempunyai sebab untuk merancang pembunuhan suaminya itu.

Tertuduh juga memberitahu dia tidak mendapat sebarang manfaat atas pembunuhan mangsa sama ada dalam bentuk wang atau harta benda.     

Selama ini saya ber-usaha menyelamatkan perkahwinan kami dan saya sudah pasti tidak mahu menjadi seorang janda. Saya sayang kepada anak dan mahu dia mempunyai seorang ayah,” ujar Ling.

Ling juga memberitahu dia dengan Tiong hanya rakan semata-mata serta tidak ada hubungan lain, selain tidak mempunyai rancangan untuk membunuh mangsa.

Sementara ayah tertuduh, Ling Kuo Song, 64, ketika memberi keterangan memberitahu pernah menasihati anaknya itu agar mendapatkan kaunseling bagi menyelamatkan perkahwinan mereka.

Kuo Soon turut memberitahu anaknya masih sayang kepada mangsa serta tidak mahu bercerai dengannya.

Advertisement