Anda di sini

PAVB dan empat agensi anjur ‘Merdeka Fun Run’, ‘Fun Ride PAVB’

Advertisement

BINTULU: Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB) dengan kerjasama Pejabat Daerah Bintulu disokong Kelab Berbasikal Jepak, Naim Land Sdn Bhd serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu menganjur ‘Merdeka Fun Run’ dan ‘Fun Ride PAVB 2017’ pada 5 dan 6 Ogos akan datang.

 Program itu diadakan di Naim Paragon Street Mall di sini sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 Peringkat Negeri Sarawak berpusat di Bintulu.

 Presidan PAVB, Pandi Suhaili berkata, penganjur menyasarkan 1,500 peserta untuk ‘Merdeka Fun Run’ dan 500 peserta lagi untuk ‘Fun Ride PAVB 2017’ dengan penyertaan terbuka untuk semua manakala penyertaan kanakkanak harus ditemani ibu bapa masing-masing.

 Katanya ‘Merdeka Fun Run’ akan diadakan pada 5 Ogos dengan pelepasan peserta pada jam 8.15 pagi manakala pelepasan ‘Merdeka Fun Ride’ pada jam 7 pagi 6 Ogos di Naim Paragon Street Mall.

 “Laluan larian akan diberi kepada polis dan jawatankuasa teknikal penganjur, manakala jerayawara akan diadakan menumpu kepada pengisian program iaitu pameran daripada agensi, ekspo keusahawanan serta pentas hiburan dan kebudayaan,” katanya.

 Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan program itu dan Iftar Ramadan PAVB di Hotel Parkcity Everly petang kelmarin.

 Beliau berkata, aktiviti itu mampu membantu aspek promosi pelbagai program, menjalin kerjasama erat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk membawa pulangan baik kepada masyarakat sekali gus memperkenal PAVB sebagai sebuah pertubuhan sosial agresif dan dinamik.

 “Sebagai penganjur utama, peranan PAVB untuk memacu peningkatan produktiviti dan pembangunan strategik PAVB dalam memberi tumpuan memperkasa persatuan serta penyertaan belia yang mempunyai potensi besar memacu produktiviti komuniti setempat,” katanya.

 Jelasnya, PAVB akan memberi pengiktirafan kepada golongan belia sebagai usaha mendorong penglibatan dalam pelbagai pihak dalam agenda pembangunan masyarakat dinamik dan progresif.

Advertisement