Anda di sini

Serba dinamik bawa anak yatim, asnaf beli-belah baju raya

Advertisement
 Antara anak yatim yang dibawa membeli-belah di Kompleks Ujana semalam bersempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. — Gambar Bernama
AMALAN MURNI: Antara anak yatim yang dibawa membeli-belah di Kompleks Ujana semalam bersempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. — Gambar Bernama

LABUAN: Sebuah syarikat minyak dan gas, Serba Dinamik Group Berhad membawa 40 kanak-kanak terdiri daripada anak yatim dan anak asnaf membeli-belah di Kompleks Ujana di sini bersempena Aidilfitri.

Timbalan Presidennya Pangeran Datuk Daud Pangeran Putra berkata setiap mereka menerima RM200 dan tambahan duit raya sebanyak RM50 untuk membeli apa sahaja yang mereka mahu bagi menyambut hari raya nanti.

Program Semurni Kasih Ramadan dianjurkan bersempena Aidilfitri yang bakal tiba, ia merupakan sesuatu yang baik apabila dapat memberikan senyuman dan kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik pada bulan Ramadan ini.

Kami mahu anak-anak yatim dan anak asnaf ini menyambut hari raya dengan meriah,” katanya dan menambah kanak-kanak itu ditemani kakitangan syarikat yang membantu mereka memilih baju baharu dan keperluan lain.

Beliau berkata program tanggungjawab sosial korporat tahunan itu bertujuan mendekati golongan kurang bernasib baik. — Bernama

Advertisement