Anda di sini

RWMF edisi ke-20 kembali dengan pelbagai aktiviti menarik Julai ini

Advertisement
 Sesi Parti Kecergasan Zumba akan menemui pengunjung pada acara hujung minggu tidak lama lagi.
AKAN DATANG: Sesi Parti Kecergasan Zumba akan menemui pengunjung pada acara hujung minggu tidak lama lagi.

KUCHING: Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) edisi ke-20 akan menampilkan Program Kesejahteraan Diri menerusi bentuk bengkel dalam acara hujung minggu selama tiga hari yang bermula 14 Julai di Kampung Budaya Sarawak (SCV), dekat sini.

Program itu akan mengadakan aktiviti seperti Capoeira, seni mempertahankan diri-tarian Brazil, teknik meditasi unik serta yoga dan dengan jadual penuh meliputi setiap asas kesejahteraan diri, ia dijangka akan menjadi tarikan ramai.

Pengamal tempatan, Malcom Wu, pengasas Movimento Simples de Capoeira Sarawak (MSDCS) akan mempamerkan Capoeira - seni mempertahankan diri abad ke-16 yang direka oleh hamba abdi Afrika Barat di Brazil – dalam festival berkenaan kelak.

Ia bukan sekadar tentang pertempuran atau mempertahankan diri tetapi turut melatih sifat-sifat fizikal dan mental seperti keseimbangan badan, koordinasi, kekuatan, fleksibility, ketangkasan, tumpuan, irama, masa dan juga keyakinan diri, rasa hormat, bertimbang rasa, kerja berpasukan dan disiplin.

Semua sifat-sifat ini boleh dimasukkan ke dalam kegunaan kehidupan seharian untuk memperbaiki diri,” katanya dalam salah satu temu bual baru-baru ini.

Capoeira adalah salah satu sesi mempertahankan diri berasaskan kesejahteraan diri, termasuk sesi BODYCOMBAT™ oleh gim Level Up Fitness yang mengguna pakai gerak geri dari Karate, Taekwondo, Tinju, Muay Thai serta Kung Fu dan mewujudkan regimen senaman tanpa sentuhan dengan tumbukan, tendangan bersemangat yang melegakan tekanan.

Jurulatih Persatuan Tai Chi Kuching, Lai Cho sin, juga akan mengadakan sesi Tai Chi yang memaparkan penggunakan seni mempertahankan diri Cina purba bagi melepaskan kebimbangan serta mengurangkan tekanan.

Rumpun Silat Sarawak juga akan mengadakan sesi gerakan silat bagi mengajar seni mempertahankan diri Melayu yang amat popular serta diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan pernah dipaparkan dalam saluran National Geographic, siri Fight Masters.

Dalam gabungan seni pertahankan diri dan Yoga, sesi Pahlawan Yoga, diketuai oleh Daniel Geller dari Universiti Campuran Seni Pergerakan Budokon, akan mengajar Budokon Yoga, satu latihan hibrid yang menghasilkan pergerakan yang menggalakkan flesibiliti dan kekuatan dengan memberi tumpuan kepada peralihan dari postur ke postur.

Alvin Heng, cikgu dan pengamal Vinyasa Yoga selama sedekad, akan turut mengadakan sesi mengajar peserta untuk menyelaraskan penafasan dengan pergerakan postur berterusan yang merupakan satu amalan untuk meningkatkan keseimbangan menyeluruh, fleksibiliti dan kekuatan.

Vinyasa mengajar pelbagai Yoga dengan pengaruh seni pertahan diri yang jauh lebih kurang berbanding Budokon Yoga.

Seorang lagi pengamal, Alice Chieng juga akan memperkenalkan dua sesi yoga berbeza dipanggil Hatha Yoga dan Yin Yoga, yang menggunakan keseimbangan fizikal antara maskulin dan feminin untuk menstabilkan tenaga kelelakian dan kewanitaan dalaman setiap peserta, serta menggalakkan kemantapan fizikal dan mental.

Wong Ah Shui, pengamal meditasi Vipassana dan pekerja Dharma di Persatuan Buddha Kuching, akan menampilkan sesi Vipassana. Beliau berlatih selama sedekad dari didikan tuannya, Ven. Sujivo, sami Malaysia yang pertama mengajar kaedah Mahasi dalam meditasi Vipassana.

Seni meditasi adalah setua masa dan terbukti untuk meningkatkan kesihatan mental dan emosi, dengan manfaat tambahan untuk kesihatan kardiovaskular serta memperbaiki keadaan fizikal lain yang terjejas oleh tekanan.

Naib Presiden Persekutuan Persatuan Perubatan Asli dan Komplementari Malaysia Dr Lennie Soo, dengan dengan latar belakang dalam hipnoterapi klinikal, juga akan menampilkan dua sesi teknik meditasi unik.

Sesi Meditasi Getaran Dr Soon menggunakan teknik pemulihan hipnotik gong, dengan getaran menenangkan yang menenangkan minda, mengurangkan tekanan dan memperbaiki tumpuan selain akan menggunakan teknik meditasi tradisional India, Terapi Homa, dimana beliau akan menggunakan api untuk menghapuskan keadaan toksik dalam atmosfera untuk pembersihan tubuh dan fikiran.

Selain itu, Zumba® Fitness, Shake It! Studio and Exhilarate Fitness Studio akan mngadakan sesi Parti Kecergasan Zumba, senaman kardio seluruh badan yang seakan parti tarian.

Festival itu yang akan menampilkan 20 kumpulan antarabangsa, akan turut merangkumi sesi kecil festival, ceramah kebudayaan, seni dan kraf untuk kanak-kanak serta bazar makanan dan kraf.

Untuk keterangan lanjut mengenai aktiviti festival, logistik atau tiket, sila layari rwmf.net. RWMF dianjurkan oleh Pelancongan Sarawak, diendorskan Tourism Malaysia dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak, dengan kerjasama Syarikat Penerbangan Malaysia selaku penaja.

 Sesi Budokon Yoga akan diketuai Daniel Geller.
MENARIK: Sesi Budokon Yoga akan diketuai Daniel Geller.
Advertisement