Anda di sini

Anugerah iProperty.com 2017 iktiraf industri hartanah

Advertisement

KUALA LUMPUR: Anugerah Ejen Pengiklanan iProperty.com kembali lagi buat tahun ketiga, yang bermatlamat mengiktiraf profesional dan agensi hartanah terbaik dan paling inovatif di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif iProperty.com di Malaysia dan Singapura, Haresh Khoobchandani berkata anugerah tersebut memberi peluang untuk meraikan kecemerlangan, kepimpinan dan inovasi paling cemerlang dalam industri hartanah.

Anugerah ini juga meraikan semangat, kecemerlangan dan komitmen dalam kalangan para profesional hartanah yang membantu orang ramai mencari rumah impian atau pelaburan hartanah mereka.

Kami mahu memberi peluang  kepada rakyat untuk mengiktiraf peranan agensi-agensi dan profesional yang membantu  mereka mengenal pasti  hartanah masing-masing,” katanya.

Pengguna boleh mengundi agensi atau individu dalam 14 kategori dalam tiga bidang, iaitu agensi-agensi hartanah, profesional individu yang mewakili harta kediaman dan/atau komersial.

Pengundian bermula 6 sehingga 30 Jun di https://www.iproperty.com.my/AgentsAwards/vote-now.

Pasukan iPropery.com Malaysia akan menyenarai pendek peserta akhir lebih awal dan pemenang akan dipilih oleh barisan panel hakim.

Maklumat lanjut berkenaan Anugerah Ejen Pengiklanan iProperty.com boleh didapati menerusi di https://www.iproperty.com.my/AgentsAwards. — Bernama

Advertisement