Anda di sini

Poplook sasar ke peringkat global kembangkan fesyen muslimah

SHAH ALAM: Poplook, kedai fesyen dalam talian yang popular dalam kalangan wanita di Malaysia dan Singapura, menyasarkan pergi lebih global dalam usaha memperkembangkan lagi pasaran produk mesra muslimahnya yang berkualiti dan mampu milik.

Pereka fesyen utama bagi Poplook, Nik Amanina Liyana Nik Abd Aziz berkata ketika ini, selain Singapura, Poplook mempunyai pelanggan dari negara-negara seperti Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Timur Tengah.

Tahun lepas, kita lancarkan laman web antarabangsa Poplook yang mana urus niaga semua dalam dolar AS. Hasrat kami untuk pergi lebih global...kami mempunyai pelbagai pelanggan. Kami juga menyasarkan untuk mempunyai lebih banyak kedai dan rekaan yang menarik.

...tetapi yang penting kita tetap berpegang kepada pendirian Poplook iaitu pakaian semua sederhana dan mesra muslimah, semuanya mesti mesra wuduk dan labuh,” katanya kepada Bernama pada program Poplook Indahnya Raya Styling Event yang diadakan bersempena pembukaan kedai kedua Poplook di Setia City Mall di sini, baru-baru ini.

Poplook yang telah beroperasi sejak 2007 membuka kedai pertamanya di The Curve, Damansara dekat sini pada tahun lepas.

Mengulas lanjut, Nik Amanina Liyana berkata laman web Poplook, poplook.com mempunyai lebih 1,000 produk dengan reka bentuk berbeza, berkualiti tinggi serta harga berpatutan.

Katanya selain pakaian wanita, Poplook turut mengeluarkan pakaian kanak-kanak, pakaian untuk wanita hamil, pakaian lelaki, tudung, beg tangan dan barang kemas.

Peminat Poplook memang tahu setiap minggu kita akan keluar dengan rekaan baharu yang harganya berpatutan, selain fabrik yang sangat kualiti dan memang sesuai untuk wanita di Malaysia dan luar negara,” tambah wanita yang mempunyai perwatakan lembut dan mesra itu.

Beliau berkata untuk pemasaran produk, selain melakukannya menerusi dalam talian, Poplook mengadakan kolaboratif dengan kedai fesyen dalam talian lain yang terkenal seperti FashionValet selain pernah mengadakan kerjasama dengan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan Melinda Looi. 

Menerusi kolaboratif dengan FashionValet, kita letak pakaian kita di kedai FashionValet di pusat beli-belah Pavilion di Kuala Lumpur dan berdasarkan maklum balas, jualan Poplook lebih tinggi berbanding pereka yang lain. Orang ramai kini melihat barangan yang lebih ringkas dan berpatutan.

Menerusi collaboration dengan FashionValet, kita letak pakaian kita di kedai FashionValet di pusat membeli-belah Pavilion di Kuala Lumpur dan berdasarkan maklum balas, jualan Poplook lebih tinggi berbanding pereka yang lain. Orang ramai kini melihat barangan yang lebih ringkas dan berpatutan.

Selain itu, kita juga banyak buat penajaan, kita menaja drama selain blogger and personaliti Instafamous. Inilah caranya kami memasarkan produk kami...kami tidak takut untuk menaja selagi ia boleh memberi manfaat kepada kita, ia adalah situasi menang-menang,” katanya.

Nik Amanina Liyana dalam pada itu berkata, pada tahun ini Poplook mengeluarkan empat tema fesyen pakaian untuk Aidilfitri iaitu ‘Borneo’, ‘Heritage’, ‘Dentelle’ dan ‘Antalya’ yang juga merupakan kolaborastif dengan FashionValet.

Kita tahu orang suka membeli-belah untuk Hari Raya, jadi tahun ini kita ambil peluang untuk hasilkan lebih banyak rekaan seperti tema Borneo yang merupakan insipirasi daripada batik dan kita ada Antalya yang diinspirasi dari Turki.

Sepanjang bulan Ramadan ini juga, Poplook membuka ‘pop-up store’ di pusat beli-belah Sogo dan The Gardens di Kuala Lumpur,” katanya. — Bernama