Anda di sini

‘Perantau’ di TV2 papar kisah Melayu berjaya di Perth

Advertisement
__alt__

WALAUPUN di mana seseorang itu berada, jangan dilupa asal-usul mereka.

 Anak-anak Melayu yang hidup bermastautin di Perth, ada yang berniaga membuka kedai restoran, farmasi dan perniagaan pelancongan.

 Ternyata kejayaan seseorang itu memberikan inspirasi kepada orang lain juga memberi dorongan kepada anak Melayu yang ingin bertapak hidup di negara orang.

 Namun begitu, jiwa perantau yang telah lama menetap di tempat orang, pasti tetap merindui kampung asal masing-masing.

 Berkongsi pengalaman kisah suka duka dan pahit manis rakyat Malaysia yang hidup sebagai perantau di luar negara bagi membina kerjaya dalam pelbagai bidang menerusi program ‘Perantau’ yang bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 15 Jun ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di TV2.

 Bersama hos Qadri Nurhalim, 13 episod kembara ini membawa penonton berkongsi pengalaman individu Melayu sejak bila mereka berhijrah ke Perth, Australia, kerjaya atau perniagaan apa yang diusahakan juga pencapaian mereka yang gigih berjuang ditengahtengah warga bangsa lain yang tinggal di situ.

 Kongsikan pengalaman menarik dua beradik berasal dari Terengganu mengusahakan perniagaan Makan2 Café yang menghidangkan menu masakan Melayu.

 Semua ahli keluarga yang berada di Malaysia amat berbangga dengan pencapaian mereka.

 Seterusnya hos menggunakan kenderaan karavan mendekati perantau yang telah berhijrah lebih 20 tahun lalu yang mulanya hanyalah untuk melawat suaminya di Perth.

 Ikuti juga penceritaan Natasha anak kelahiran Ipoh dari emak berbangsa Melayu dan ayah dari keturunan Arab.

 Jodoh Natasha dengan Fozzil Jaafar, seorang warga Singapura meneruskan penghidupan mereka di Perth.

 Walaupun telah lama menetap di Perth, jiwa Natasha tetap merindui emak dan adik bongsu di kampung.

 Program ini turut memperkatakan kejayaan beberapa perantau yang telah membina empayar mereka sendiri iaitu Abdul Rahman berasal dari Pulau Pinang yang mengimamkan solat mereka di satu masjid, Zulkifl i Abdul Khalid yang telah membuka sebuah restoran masakan India dan Zakhri Yusoff yang membuat perniagaan sate.

 Banyak lagi kisah anakanak Melayu berjaya yang dipaparkan dalam program yang akan mulai menemui penonton 15 Jun ini.

Advertisement