Anda di sini

Julia Perez meninggal dunia

Advertisement

(Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada menerusi media sosial atau bercetak tanpa kebenaran dan kredit kepada Utusan Borneo akan diambil tindakan.)

JAKARTA: Penyanyi dan pelakon Indonesia, Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe, meninggal dunia hari ini selepas sekian lama menderita penyakit kanser.

ANTARA News melaporkan, perkara itu disahkan adik Julia melalui akaun Instagramnya @anggitheperez.

“Innalillahiwainnailaihirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez," tulisnya.

Dia juga meminta semua pihak mendoakan kakaknya sambil mengucapkan terima kasih kepada bantuan yang diberikan kepada Allahyarham ketika masih hidup.

"Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas supportnya selama ini," kata Anggit 

Syot layar Instagram Anggit
Syot layar Instagram Anggit
Advertisement