Anda di sini

353 pelajar cemerlang SPM 2016 terima biasiswa Petronas

Advertisement
__alt__

SERI ISKANDAR: Syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) memperuntukkan biasiswa sebanyak RM134 juta ke­pada 353 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di bawah Program Pena­jaan Pendidikan Petronas (PESP).

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Kumpulan Petro­nas, Datuk Mohd. Anuar Taib berkata, penajaan yang ditawarkan kepada pelajar itu merupakan sebahagian daripada pelaburan sosial korporat (CSI) Petronas.

“Para pelajar yang menda­pat biasiswa PESP tahun ini bakal mengikut jejak langkah lebih 36,000 penerima sebe­lum ini yang memperoleh manfaat daripadanya pada tahun-tahun sudah.

 “Mereka kini adalah pem­impin yang menyumbang dalam pelbagai kapasiti baik di dalam Petronas, industri dan negara.

“Bagi Petronas, kami ber­bangga apabila melihat pela­jar-pelajar yang ditaja ini ber­jaya dalam pelajaran mereka dan terus maju dalam karier masing-masing,” katanya ke­tika berucap pada Majlis Pen­ganugerahan PESP kepada 353 penerima di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 28 Mei lalu.

Turut hadir ialah Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd. Rahman.

Pada majlis itu, seramai 223 daripada 353 penerima PESP dianugerahkan biasiswa terbabit. Penerima lain akan memperoleh tajaan pen­didikan mereka dalam tiga majlis penyampaian berbeza yang akan diadakan di Kuch­ing, Sarawak; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Terengganu, Terengganu.

Dalam pada itu Mohd. Anuar, Petronas akan terus fokus membina bakat-bakat yang mampan selari dengan misi untuk menyumbang ke arah kesejahteraan masyar­akat dalam mengejar kema­juan negara.

“Sebagai pemegang amanah utama hasil minyak dan gas negara, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan sumber yang paling bernilai dan berharga iaitu modal insan,” ujarnya.

PESP pertama kali diperk­enalkan pada 1975, setahun selepas Petronas ditubuhkan. Tahun ini, Petronas meneri­ma lebih da

  • oleh
  • Advertisement