Anda di sini

Rakyat Britain keluar mengundi

Advertisement

Untuk pilih perdana menteri baharu selepas kempen dibayangi terorisme

 May bersama suaminya Philip dilihat beredar dari pusat mengundi di Sonning, Britain semalam. — Gambar Reuters
TUNAI KEWAJIPAN: May bersama suaminya Philip dilihat beredar dari pusat mengundi di Sonning, Britain semalam. — Gambar Reuters

LONDON: Britain meng-adakan undian semalam bagi pilihan raya tergempar yang diadakan oleh Perdana Menteri Theresa May sebelum Brexit selepas kempen yang dibayangi terorisme.

May mengumumkan pilihan raya itu pada April lalu, ketika penarafan tinjauan pendapat baginya dan parti Konservatif yang berhaluan kanan tengah begitu tinggi sekali, dengan mengemukakan diri sebagai pemimpin tegas untuk membawa Britain ke dalam rundingan Brexit.

Namun serangan Islamis di London dan Manchester telah memberi tekanan kepadanya berhubung jawatannya selama enam tahun sebagai menteri dalam negeri, manakala kesilapan kempen mencemari reputasinya sebagai tangan yang selamat.

Sementara itu ketua pembangkang Buruh, Jeremy Corbyn, seorang aktivis anti-perang yang dianggap tidak dapat dipilih oleh majoriti ahli perundangannya sendiri, telah menjalankan kempen yang bertenaga, dengan menjanjikan perubahan dan menamatkan dasar berjimat-cermat.

Sementara May melawat kerusi sasaran di seluruh negara, untuk menyampaikan ucapan yang sarat dengan slogan kepada kumpulan kecil aktivis terpilih, Corbyn pula menarik orang ramai ke rapat umum terbuka.

Bercakap kepada pem-        berita dalam pesawatnya ketika menjalankan kempen terakhir kelmarin, May me-negaskan beliau tidak menyesal mengadakan pilihan raya tiga tahun lebih awal.

Saya seronok berkempen,” katanya. “Terdapat pilihan yang sangat jelas bagi orang yang turun mengundi.”

Ditanya apa yang dianggap sebagai kejayaan, anak perempuan vikar berusia 60 tahun itu berkata: “Saya tidak pernah meramalkan keputusan pilihan raya.”

Corbyn, ahli politik berhaluan kiri berusia 68 tahun yang tidak pernah memegang jawatan menteri dan menong-kah arus apabila beliau memenangi kepimpinan Buruh dua tahun lalu, menggesa penyokong di Glasgow untuk berfikir besar.

Alangkah hebatnya jika pada Jumaat kita bangun dengan kerajaan Buruh yang akan menjadi kerajaan semua masyarakat kita di seluruh negara,” katanya.

Ia adalah kali ketiga Britain mengadakan pilihan raya dalam tempoh dua tahun, dua kali bagi pilihan raya umum dan sekali untuk referendum Kesatuan Eropah (EU), dan keletihan pengundi dipercayai menjadi isu di kalangan pengundi awal.

Saya tidak fikir ia adalah kempen sebenarnya, kami tidak tahu apa-apa mengenai apa yang mereka akan buat mengenai Brexit, ia sebenarnya tidak bermakna,” kata Joe Kerney, 53, di sebuah balai undian di Hackney, timur London.

Saya tidak begitu yakin dengan sesiapa,” tambah pengundi Simon Bolton, 41 tahun. “Saya rasa kita tidak ada kualiti dari segi siapa yang kita dapat pilih, ia sangat terhad.”

Pilihan raya itu adalah yang pertama bagi May sejak beliau memegang jawatan selepas rakyat Britain mengundi sebanyak 52 peratus untuk meninggalkan EU.

May menuduh Corbyn tidak bersedia untuk rundingan yang dijadual  bermula pada 19 Jun, dan tidak sanggup untuk membendung migrasi beramai-ramai – satu pemacu penting bagi undian Brexit.

Namun rekod kerajaannya yang memotong pembiayaan bagi kesihatan dan pendidikan turut dipaparkan dengan ketara dalam kempen, yang menguntungkan Buruh.

Parti Konservatif turut dirosakkan oleh pelan manifesto bagi penjagaan warga emas yang akan menyaksikan ada di antara mereka yang akan membayar lebih.

Kemudian berlaku sera-ngan nekad di sebuah konsert di Manchester pada 22 Mei lalu, yang mengorbankan 22 orang termasuk tujuh kanak-kanak, diikuti serangan pisau dan van pada Sabtu lepas di London, yang membunuh lapan orang.

Kempen dua kali digantung ekoran serangan tersebut, yang May kaitkan dengan teologi Islamis yang “jahat”. — AFP

Advertisement