Anda di sini

Protes terbaharu anti-Maduro ragut nyawa remaja

Advertisement
 Orang ramai cuba menyelamatkan nyawa seorang penunjuk perasaan yang cedera                  parah semasa protes terhadap kerajaan Maduro di Caracas, kelmarin. — Gambar Reuters
PARAH: Orang ramai cuba menyelamatkan nyawa seorang penunjuk perasaan yang cedera parah semasa protes terhadap kerajaan Maduro di Caracas, kelmarin. — Gambar Reuters

CARACAS: Seorang remaja maut dalam protes terbaharu menentang kerajaan Presiden Nicolas Maduro kelmarin ketika ketua angkatan tentera memberi amaran kepada anggota tentera untuk tidak melakukan “kekejaman”.

Jeneral Vladimir Padrino Lopez, yang juga menteri pertahanan Maduro, memberi amaran itu selepas pertelingkahan yang ganas selama lebih dua bulan di antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan.

Pembangkang dan sebuah kumpulan hak media berkata pasukan keselamatan telah menyerang, merompak dan melanggar penunjuk perasaan serta wartawan.

Pertelingkahan baharu meletus kelmarin ketika ribuan penunjuk perasaan cuba berarak ke pejabat pihak berkuasa pilihan raya dari pelbagai tempat di ibu negara.

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun terbunuh sewaktu perarakan dalam daerah Chacao di timur Caracas, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak awal April sebanyak 66, menurut pendakwa.

Kejadian di sebalik kematian remaja itu sedang disiasat, kata kementerian awam. Ketua pembangkang berkata pasukan keselamatan bertanggungjawab.

Pada Isnin lepas, video yang diterbitkan dalam media sosial dipercayai menunjukkan pasukan keselamatan me-nyerang dan merompak harta benda rakyat.

Saya tidak mahu melihat pengawal lain melakukan kekejaman di jalanan,” kata Padrino dalam satu ucapan terbuka pada Selasa lepas.

Sesiapa yang lari dari dasar kerajaan, yang memberi ke-utamaan kepada sikap menghormati hak asasi manusia, dan yang bertindak secara tidak profesional, perlu dipertanggungjawabkan.”

Speaker pembangkang dalam Kongres Julio Borges berkata sebelum protes kelmarin: “Kami menyeru kepada Padrino Lopez untuk mengotakan kata dan membenarkan perarakan diterus- kan secara aman.”

Namun seperti sebelum itu, polis rusuhan meleraikan demonstrasi dengan gas pemedih mata, meriam air dan peluru plastik. Beberapa penunjuk perasaan melontar bom minyak dan batu.

Dewan perundangan yang dikuasai pembangkang me-nuduh Menteri Dalam Negeri Nestor Reverol bertanggungjawab bagi “penindasan” penunjuk perasaan.

Reverol telah dikenakan hukuman sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa terlibat dalam pengedaran dadah.

Penentang Maduro menunjuk perasaan untuk menuntut pilihan raya awal bagi me-nyingkirkannya dari kuasa. Mereka menyalahkannya bagi krisis ekonomi yang mendesak.

Kita perlu terus berada di jalanan sehingga Maduro membincangkan pemergiannya atau tentera menarik balik sokongan kepadanya,” kata ahli perundangan kanan pembangkang Freddy Guevara kelmarin.

Maduro pula berkata krisis itu adalah konspirasi yang disokong AS dan melabel penunjuk perasaan sebagai pemberontak dan peng-        ganas. — AFP

Advertisement