Anda di sini

Polis perhebat rondaan di perairan Kudat

Advertisement
 Douglas bersama para pegawai dan anggotanya serta beberapa penduduk kampung melakukan tinjauan di persekitaran pulau itu.
KERJASAMA ERAT: Douglas bersama para pegawai dan anggotanya serta beberapa penduduk kampung melakukan tinjauan di persekitaran pulau itu.

KUDAT: Pasukan Polis akan sentiasa membuat rondaan di perairan Kudat bagi menjamin dan memastikan keselamatan penduduk pulau dan nelayan yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan di laut, kata Ketua Polis Daerah Superintenden Douglas Nyeging Taong.

Saya juga menasihatkan penduduk yang bekerja sebagai nelayan agar tidak terlibat dengan aktiviti pengeboman ikan yang boleh memusnahkan ekosistem perairan dan mengancam keselamatan diri,” katanya dalam ucapannya pada perjumpaan dengan masyarakat Pulau Mandi Darah Banggi sempena sesi lawatan dan tinjauan keselamatan ke pulau itu, baru-baru ini.

Pulau Mandi Darah mempunyai 14 rumah dan lebih kurang 35 penduduk. Perjalanan ke pulau ini mengambil masa satu jam 38 minit dari pekan Kudat.

Douglas berkata penduduk pulau menyambut baik lawatan pegawai dan anggota IPD Kudat kerana ia akan memudahkan penyaluran maklumat jenayah serta perkongsian pendapat.

Katanya lawatan seumpama itu akan diadakan dari masa ke masa bagi memperkasakan usaha PDRM mendekati masyarakat demi memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira masa dan tempat.

Kerjasama yang erat dengan PDRM untuk mengekalkan keamanan negara daripada dicerobohi oleh pihak musuh.

Orang kampung yang tinggal di pulau-pulau dinasihat tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang boleh menggugat keselamatan negeri ini,” katanya.

Program itu disertai oleh dua pegawai dan 12 anggota polis manakala 25 penduduk pulau itu mengikuti sesi penerangan oleh Douglas.

Douglas memberitahu antara objektif lawatan itu adalah meningkatkan aktiviti turun padang bagi mendekati pelbagai lapisan masyarakat di daerah ini.

Selain itu, katanya, bagi menggalakkan penyaluran maklumat secara bersemuka demi memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan menjalinkan kerjasama dengan masyarakat yang tinggal jauh di pulau bagi meningkatkan kawalan keselamatan.

Sempena lawatan ini juga, turut diadakan perjumpaan dengan penduduk pulau selain melawat dan meninjau persekitaran Pulau Mandi Darah itu,” katanya.

Dalam ucapannya pada sesi perjumpaan itu, Douglas menasihat penduduk pulau agar sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat dengan pasukan keselamatan terutamanya polis bagi memelihara keselamatan negara daripada dicerobohi oleh pengganas.

Di pihak pegawai dan anggota, katanya, harus sentiasa mengamalkan budaya turun padang melalui program komuniti kepolisan bagi mendekati masyarakat dan mendengar luahan berhubung isu keselamatan mahupun penambahbaikan perkhidmatan PDRM.

Advertisement