Anda di sini

Pengguna prabayar di Sarawak, Sabah kini berpeluang guna Hotlink FAST

Advertisement
 Bong (kiri) bersama Navin menunjukkan replika manfaat daripada Hotlink FAST kepada pelanggan, termasuk 8GB percuma Internet 4G setiap bulan.
MANFAAT: Bong (kiri) bersama Navin menunjukkan replika manfaat daripada Hotlink FAST kepada pelanggan, termasuk 8GB percuma Internet 4G setiap bulan.

KUCHING: Pengguna prabayar di Sarawak dan Sabah yang menggemari data kini boleh layari Internet, strim dan bual dengan pelan prabayar 4G n0.1, iaitu Hotlink FAST menawarkan 8GB percuma (Sabtu dan Ahad) Internet 4G setiap bulan.

 Bukan itu sahaja, malahan ia bersamaan dengan 1,000 minit panggilan percuma ke lima Friendz (nombor Maxis atau Hotlink) di mana pelanggan juga boleh menikmati manfaat berkenaan sepanjang hayat, selagi akaun masih aktif.

 Tambahan tiada perbelanjaan minimum atau tambah nilai minimum yang diperlukan.

 Sempena dengan itu satu pelancaran diadakan di sini semalam yang disempurnakan Ketua Prabayar Maxis Navin Manian dan Ketua Pengurus Wilayah Sarawak Alexius Bong sebagai simbolik kepada Hotlink FAST didapati di Sabah dan Sarawak.

 Navin semasa taklimat mengenai Hotlink FAST berkata, kini terdapat peningkatan permintaan bagi data 4G di Sabah dan Sarawak.

 “Oleh kerana penstriman dan perkongsian di media sosial semakin popular, kami telah melihat peningkatan dalam permintaan bagi data 4G terutama di Sabah dan Sarawak.

 “Malahan penggunaan mereka adalah antara yang tertinggi dengan purata 7.1GB sebulan bagi mereka yang menggunakan 4G.

 Ini sebabnya kami melancarkan Hotlink FAST yang menawarkan lebih data,” katanya sambil memberitahu pelanggan di Sabah dan Sarawak kini boleh melayar, strim dan berkongsi tanpa henti pada rangakian n0.1 4G.

 Mengulas lanjut mengenai Hotlink FAST, Navin berkata di Sabah dan Sarawak antara tawaran istimewa adalah Internet Larut Malam, yang menawarkan 1GB Internet kelajuan tinggi percuma setiap malam (dari jam 1 pagi hingga 7 pagi).

 “Ia bersamaan dengan 30GB Internet larut malam berkelajuan tinggi percuma setiap bulan, juga menawarkan penggunaan aplikasi dan Internet tanpa had.

 “Internet Larut Malam ini khas untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak sahaja,” katanya.

 Sementara itu Bong berkata, pelanggan Hotlink FAST akan menikmati Hotlink Happy Hour, yang menawarkan satu jam, 1GB Internet berkelajuan tinggi percuma setiap hari untuk digunakan untuk apa sahaja.

 “Secara keseluruhan, Hotlink Happy Hour menawarkan 30GB Internet berkelajuan tinggi percuma setiap bulan,” katanya.

 Bong berkata pelancaran berkenaan sejajar dengan pengembangan liputan rangkaian 4G ke Sarawak khasnya dan kini Maxis berjaya mengembangkan rangkaian 4G LTE ke beberapa kawasan bandar kecil di negeri ini.

 Bagi pek permulaan Hotlink FAST berharga RM10 dan dilengkapi dengan pramuat 4G Internet kelajuan tinggi sebanyak 300MB, pramuat kredit sebanyak RM5 dan Internet asas percuma selain daripada 8GB percuma Internet 4G setiap bulan dan panggilan percuma kepada Friendz sedia ada.

 Maxis adalah peneraju industri bagi rangkaian 4G LTE, yang merupakan paling luas di negara dengan 89 peratus liputan penduduk.

 Di Sarawak, pelanggan di bandar-bandar seperti Sibu, Miri dan Bintulu juga di kawasan luar bandar seperti Bau, Lundu, Sematan, Padawan, Saratok, Niah dan Betong kini menikmati pengalaman 4G yang terbaik dengan kelajuan sepantas gentian.

Advertisement