Anda di sini

Lima lelaki didenda, penjara bersalah terlibat judi haram

Advertisement

SIBU: Lima lelaki masing-masing didenda sebanyak RM2,800 dan lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam selepas mengaku bersalah terlibat dalam perjudian haram.

Khuo Hock Kwong, Banyan Ateh, Ujan Roy Pengarah, Liew Sin Phin dan Yusuf Suang masing-masing didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi 1953 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Lima tertuduh melakukan kesalahan itu pada 23 Mei lalu kira-kira jam 8 malam sehingga 10.30 malam di sebuah kedai di Pusat Komersial Sibu Jaya bermain ‘Gin Rummy’.

Dalam rayuannya, mereka merayu untuk hukuman ringan dan tidak mengenakan tahanan.

Majistret Saiful Sayoti selepas menimbangkan semua faktor-faktor yang berkaitan, mahkamah mengenakan hukuman penjara lima bulan dan denda sebanyak RM2,800 setiap seorang.

Semua mereka membayar denda tersebut.

Advertisement