Anda di sini

Harimau putih sakit tenat dimatikan di Zoo Singapura

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan ‘Omar’ ketika hayatnya di Zoo Singapura. — Gambar AFP
UNIK: Gambar fail menunjukkan ‘Omar’ ketika hayatnya di Zoo Singapura. — Gambar AFP

SINGAPURA: Seekor hari-mau putih yang unik dan terlibat dalam pembunuhan seorang pekerja zoo pada 2008 telah dimatikan selepas ia menghidap kanser kulit dan kerosakan sendi, kata Zoo Singapura semalam.

Omar’, yang akan berusia 18 tahun pada September, atau bersamaan dengan 88 tahun umur manusia, meng-hidap kanser kulit sejak tiga tahun lalu, pengusaha zoo Wildlife Reserves Singapore menyebut dalam satu kenyataan.

Penilaian baru-baru ini menyaksikan kesihatannya yang semakin buruk dan keputusan yang sukar telah dibuat untuk mematikannya bagi mengelak kemerosotan selanjutnya kepada kualiti hidupnya,” kenyataan itu menyebut dan menambah ‘Omar’ turut mengalami kerosakan sendi.

Omar’ dilahirkan dalam kurungan di Indonesia dan dibawa ke Singapura pada 2001.

Ia menjadi tajuk berita utama pada 2008 apabila seorang pekerja zoo dipercayai membunuh diri dengan melompat ke dalam kandang kucing besar itu.

Lelaki Malaysia itu dibaham sehingga mati oleh ‘Omar’ dan dua harimau putih betina disaksikan oleh pelawat, yang menyangka ia adalah satu pertunjukan.

Harimau dan singa putih amat jarang sekali dijumpai, dengan jumlah hanya beberapa ratus ekor sahaja di seluruh dunia, dan penampilannya disebabkan oleh gen resesif dan bukan albino.

Dua harimau putih masih ada dalam Zoo Singapura – berusia empat tahun yang tiba pada 2015. — AFP

Advertisement