Anda di sini

Dua serangan bersepadu kejutkan Iran

Advertisement
 Gambar fail 1 Mac, 2016 menunjukkan Ahli Parlimen menghadiri sesi, manakala gambar fail 5 Februari 209 (kanan) menunjukkan makam Khomeini, juga di Tehran. — Gambar AFP
MENGEJUT: Gambar fail 1 Mac, 2016 menunjukkan Ahli Parlimen menghadiri sesi, manakala gambar fail 5 Februari 209 (kanan) menunjukkan makam Khomeini, juga di Tehran. — Gambar AFP

Lelaki bersenjata, pengebom nekad serbu kompleks Parlimen, makam Khomeini

TEHRAN: Lelaki bersenjata dan seorang pengebom nekad dipercayai telah melancarkan serangan bersepadu ke atas Parlimen Iran dan makam pengasas revolusi Ruhollah Khomeini, kata media ke rajaan semalam, dan sekurangkurangnya dua dilaporkan terbunuh.

 Setakat ini belum ada pihak yang mengaku mendalangi serangan itu tetapi Iran merupakan pemain penting dalam usaha menentang kumpulan Islamic State (IS) di Syria dan Iraq.

Seorang pengawal keselamatan maut apabila empat lelaki bersenjata memasuki kompleks Parlimen di Tehran, manakala seorang tukang kebun dilaporkan mat i apabi la beberapa peny e r ang be r s enj a t a mema suki peka r anga n makam Khomeini di selatan kota tersebut, menurut agensi berita ISNA.

 Sekurang-kurangnya lapan orang cedera dalam serangan itu, menurut laporan.

 Seorang pegawai di makam Khomeini di selatan Tehran berkata, tiga atau empat orang masuk menerusi pintu masuk barat dan melepaskan tembakan, membunuh tukang kebun dan mencederakan beberapa orang, menurut agensi berita Fars.

 Fars berkata seorang wanita meletupkan diri di luar makam tersebut dan menerbitkan gambar yang menunjukkan letupan itu, Empat lelaki bersenjatakan raifal dan sepucuk pistol dilaporkan berada di dalam kompleks Parlimen, kirakira 20 kilometer dari pusat bandar raya.

 Agensi berita Tasnim berkata salah seorang lelaki terbabit kemudian meninggalkan bangunan dan melepaskan tembakan di jalanan, tetapi terpaksa masuk semula apabila polis melepaskan tembakan.

 Dua agensi berita ISNA dan Fars sebelum ini berkata tiga orang telah ditembak setelah lelaki bersenjata masuk menerusi pintu masuk utara, termasuk sekurangkurangnya seorang pengawal keselamatan.

 Agensi berita ILNA berkata pasukan keselamatan sedang membongkar bom di dalam makam Khomeini dan tembakan masih berlaku di sekitar tapak tersebut.

 Ia tidak jelas sama ada penyerang dapat atau tidak memasuki makam sebenar.

 Kota berkenaan ditutup, dengan lebuh raya yang disekat dan metro ditutup, dan wartawan dijauhkan dari makam oleh polis.

 Menteri Dalam Negeri Abdolrahman Fazli memberitahu ISNA beliau telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi majlis keselamatan negara.

 Iran telah dipilih sebagai sasaran oleh kumpulan pelampau jihad, termasuk IS, tetapi umumnya terlepas daripada serangan di dalam pusat bandar.

 Iran, kuasa dominan Syiah, telah membantu Iraq dan rejim Presiden Bashar al-Assad di Syria untuk memerangi kumpulan pelampau Sunnah berkenaan.

 IS semakin menerima tekanan di kedua-dua negara, selepas mereka kehilangan wilayah yang signifi kan dalam kempen serangan yang kini menyasari dua kubu utamanya yang terakhir dalam kawasan bandar, Raqa di Syria dan Mosul di Iraq.

 IS menerbitkan video unik berbahasa Parsi Mac lalu untuk memberi amaran ia akan menawan Iran dan memulihkannya semula kepada negara Sunnah.

 IS dan pelampau lain mengambil orang Syiah sebagai orang yang murtad, dan video itu menuduh warga Iran menindas orang Sunnah selama berabad-abad dan sehingga ke zaman moden.

 Kumpulan militan juga diketahui beroperasi di wilayah Sistan-Baluchistan, Iran, yang bersempadan deng an Paki s t an da n mempunyai masyarakat Sunnan yang besar.

 Jaish-ul Adl (Tentera Keadilan), yang dituduh Tehran ada kaitan dengan Al- Qaeda, sudah melancarkan beberapa serangan bersenjata di dalam wilayah Iran sejak beberapa tahun yang lalu.

 Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei pada Ahad lepas berkata serangan oleh IS di Eropah dan di tempat lain menunjukkan dasar Barat di Timur Tengah sudah memakan diri.

 “Inilah api yang dinyalakan sendiri oleh kuasa Barat dan sekarang sudah memakan diri,” katanya pada perhimpunan pegawai kanan di Tehran.

 — AFP

Advertisement