Anda di sini

Titipkan luahan kasih anda melalui ‘Julie’s Love Letters’

Advertisement

Sampul raya sediakan ruang kosong untuk luah perasaan

 Chia bersama maskot Julie’s melancarkan Kempen Titipkan Luahan Kasih Anda 2017 dan Love Letters Edisi Terhad.
LANCAR: Chia bersama maskot Julie’s melancarkan Kempen Titipkan Luahan Kasih Anda 2017 dan Love Letters Edisi Terhad.

KUCHING: Pengeksport biskut terbesar di Malaysia, Perfect Food Manufacturing di bawah jenamanya Julie’s, meneruskan lagi kempen ‘Titipkan Luahan Kasih Anda’ serta melancarkan kuih belanda ‘Julie’s Love Letters’ edisi terhad sempena bulan mulia ini dan Hari Raya tidak lama lagi.

 Usaha Julie’s meneruskan usaha kempen Titipkan Luahan Kasih Anda selama tiga tahun berturut-turut adalah untuk menggalakkan orang ramai lebih menghargai dan mencurahkan kasih sayang mereka melalui penulisan.

 Pengurus Pemasaran Biskut Julie’s Benny Chia berkata, Julie’s berharap amalan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu akan berterusan dan pihaknya ingin mengambil kesempatan itu untuk melancarkan kuih belanda Julie’s Love Letters edisi terhad yang boleh dijadikan buah tangan semasa kunjung-mengunjungi.

 “Julie’s juga berharap dapat memainkan peranan sebagai pengantara untuk menggalakkan masyarakat berkongsi perasaan mereka bersama orang tersayang sepanjang bulan yang mulia ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

 Julie’s menyediakan Pek Sampul Raya di dalam setiap tin edisi terhadnya untuk menyeru orang ramai mengarang perasaan yang terpendam di mana ia mempunyai dua fungsi kerana boleh dijadikan sampul wang dan juga membolehkan si pengirim menulis perasaannya kepada si penerima di ruang kosong yang disediakan.

 “Julie’s Love Letters tin edisi terhad akan ditukar kepada warna hijau menjelang Hari Raya nanti. Setiap tin Julie’s Love Letters 700 gram juga mengandungi tiga warna sampul raya yang membawa maksud simbolik yang tersirat,” katanya.

 Pada masa sama, pembeli juga boleh menikmati diskaun 18 peratus ke atas semua pembelian barang-barang di laman web atau aplikasi Zalora apabila mereka hanya perlu memuatnaikkan resit rasmi sebagai bukti pembelian melalui aplikasi ‘BrandCode’ untuk menikmati diskaun tersebut.

 Budaya kunjung-mengunjungi yang diamalkan semasa musim perayaan boleh diistimewakan lagi dengan pemberian Julie’s Love Letters edisi terhad sebagai buah tangan.

 Julie’s ingin mendidik sebuah masyarakat yang prihatin serta memupuk amalan memberi Julie’s Love Letters sebagai buah tangan semasa kunjung-mengunjungi sempena musim perayaan ini.

 Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen Titipkan Luahan Kasih Anda 2017, sila layari laman Facebook Julie’s Biscuits atau lawan web Julie’s di www.julies.com.my.

Advertisement