Anda di sini

Pembunuhan Bill Kayong: Tiga bebas, satu diperintah bela diri

Advertisement

(Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada menerusi media sosial atau bercetak tanpa kebenaran dan kredit kepada Utusan Borneo akan diambil tindakan selanjutnya.)

MIRI: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan tiga tertuduh dalam kes pembunuhan Bill Kayong, manakala, seorang lagi diperintahkan untuk membela diri.

Hakim Ravinthran N. Paramaguru, membebaskan tertuduh kedua, Lee Chang Loon; tertuduh ketiga, Chin Wui Chung dan tertuduh keempat (Datuk Stephen) Lee Chee Kiang, setelah mahkamah mendapati kurang bukti yang dapat mengaitkan ketiga-tiga tertuduh dengan pembunuhan Bill.

Manakala bagi tertuduh pertama, Mohamad Fitri Pauzi, mahkamah memerintahkan beliau untuk membela diri dan ditetapkan pada 14 hingga 16 Jun ini untuk pendengaran.

Berdasarkan pertuduhan kes, ketiga-tiga tertuduh (kedua, ketiga dan keempat) telah bersubahat dengan seorang lagi yang masih bebas, mengupah Mohamad Fitri Pauzi untuk membunuh Bill Kayong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka pada masa dan di tempat yang sama.

Seramai 28 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu yang bermula sejak 7 Mac lalu.

 Keadaan masih terkawal di luar mahkamah, walaupun ramai menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang diumumkan Makamah Tinggi Miri tengahari tadi, dalam kes pembunuhan Bill Kayong.
TERKAWAL: Keadaan masih terkawal di luar mahkamah, walaupun ramai menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang diumumkan Makamah Tinggi Miri tengahari tadi, dalam kes pembunuhan Bill Kayong.
 
 
  • oleh
  • Advertisement