Anda di sini

Bella Dally hos ‘Seleksi Hijab 2’ perkenal butik pilihan artis popular

Advertisement
Episod bersama Mizz Nina.
Episod bersama Mizz Nina.

NAMA butik MM Basic, Fynn Jamal RTW, Mek Kembang Cotton, Izalha, Twenty2, Rico Rinaldi, Minaz, Elle Zada, Mimpikita, Najjah, Tudung Abu Dhabi dan Precious Al-Jannah pastinya dekat di hati penggemar fesyen muslimah yang mempunyai citarasa yang berbeza dalam pemilihan fesyen.

Tidak terkecuali di kalangan artis dan selebriti terkenal tanah air yang turut menjadikan nama butik-butik tersebut sebagai pilihan mereka dalam mendapatkan fesyen yang digayakan dan tak kurang juga menjadi pelanggan tetap butik tersebut.

Menampilkan hos Bella Dally, program ‘Seleksi Hijab 2’ sedang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 4.30 petang menerusi saluran TV2 ini mengetengahkan personaliti dan selebriti yang terkenal Izreen Azminda, Sarah Hilderbrand, Fynn Jamal, Amy Mastura, Jue Aziz, Adira, Anis Al-Idrus, Syatilla Melvin, Elfira Loy, Mizz Nina, Azza Elite, Diana Rafar dan Siti Shahriza @ Eja.

Sepanjang 13 episod, Bella Dally menemubual pemilik dan pengurus butik berkongsi pengalaman, konsep dan perjalanan bisnes butik mereka.

Turut dikongsikan toturial pemakaian tudung terkini yang dan mudah untuk digayakan golongan wanita. Bersama artis undangan berbeza setiap episod,

Bella Dally turut meluangkan masa bersantai dan menemu bual bagaimana mereka mula berhijab juga mengetahui perkem-bangan terkini mereka.

Di butik Mek Kembang Cotton, berjumpa dengan Izreen Azminda, pelakon dan pengacara yang boleh dikatakan pelanggan tetap dan selesa dengan butik tersebut. Manakala kunjungan ke butik MM BASIC diserikan kemunculan Sarah Hilderbrand yang mencuba beberapa pakaian milik butik. Pemilik butik, Mazlianul menceritakan sasaran bisnesnya yang mungkin ke negara lain. Bagi Tutorial Hijab, perekanya menunjuk cara pemakaian hijab yang mudah untuk wanita.

Peminat Fynn Jamal berpeluang berkongsi pengalaman komposer dan juga penyanyi ini bagaimana permulaannya dia membuka butik Fynn Jamal RTW, berbual dan berbincang tentang perjalanan bisnes dan persahabatan dengan pengurus butik miliknya.

Episod bersama Amy Mastura pula tentang penampilan diri dengan perubahan luaran pada corak pakaiannya dan pendapatnya tentang fesyen masa kini.

Bella turut membawa penonton untuk mendekati pelakon Jue Aziz dan keluarganya. Jue menceritakan penghijrahannya yang berubah memakai hijab serta pandangannya terhadap dunia lakonan, apabila memakai hijab. Kemudian mereka bersama pergi ke butik TWENTY2, di mana Jue menceritakan corak warna dan jenis pakaian kegemarannya.

Seterusnya hos bersama penyanyi Adira ke butik Rico Rinaldi yang selalunya menjadi lokasi utama untuk Adira memilih busananya. Pemilik butik memberi komen kepada corak pemakaian oleh Adira. Bella kemudiannya ke butik Minaz, Bangi dan bertemu dengan pelakon dan model Sharifah Anis Syed Al-Idrus. Pemilik butik menceritakan perjalanan bisnes butiknya yang berkonsepkan mempunyai motif bunga dengan prinsip Muslimah komtemporari.

Turut menarik perhatian episod bersama artis undangan Syatilla Melvin dan Elle, pemilik butik Elle Zada. Syatiila menceritakan bagaimana dia mula bertudung dan Elle menceritakan tentang butiknya yang berkonsepkan suatu kemudahan untuk Musli-mah mengikut syariah.

Butik Madeena, milik penyanyi Mizz Nina, penonton berkongsi beberapa busana koleksi Madeena yang khususnya untuk muslimah di samping pelbagai aksesori yang sesuai mengikut majlis yang perlu dihadiri.

Sewaktu santai minum bersama di kafe, Mizz Nina menceritakan bagaimana penghijrahannya dari dunia biasa ke dunia Muslimah di mana kehidupannya perlukan istiqamah.

Advertisement