Anda di sini

Bantin Dampa @ Ijau Lelayang: Wira tidak di dendang

Advertisement
 Peserta ekspedisi dialu-alukan di ruai rumah panjang Keruin sambil merencanakan misi seterusnya iaitu mendaki puncak Bukit Keruin.
RANCANG STRATEGI: Peserta ekspedisi dialu-alukan di ruai rumah panjang Keruin sambil merencanakan misi seterusnya iaitu mendaki puncak Bukit Keruin.

Liku-liku perjuangan Bantin Penentangan Bantin terhadap penjajah merupakan suatu peristiwa yang besar dalam sejarah Sarawak.

 Penentangan beliau merupakan satu reaksi awal terhadap penjajah dan boleh dianggap sebagai perintis kepada beberapa siri kebangkitan penentang-penentang Iban yang tidak putusputus menentang regim Brooke sehingga kepada kebangkitan pahlawan Iban terakhir, Penghulu Asun Bah Tunggal dari Entabai dari tahun 1929- 1932.

 Sementara tempoh perjuangan Rentap atau nama timangan atau dalam bahasa Iban ‘ensumbar’ ialah Libau Panggau Dara, Rentap Tanah Kudi Menua adalah selama hampir 20 tahun (1844- 1861) - satu tempoh yang cukup panjang bagi sesebuah perjuangan menegakkan hak anak bangsanya.

 Menyingkap sejarah perjuangan Bantin Anak Dampa - ramai pengkaji berpendapat kehebatan beliau mungkin tidak setanding dengan Rentap (1929-32) dan (senarai pejuang terdahulu) namun kehadiran beliau bersama beberapa ‘manuk sabungnya’ turut memeningkan penjajah ketika era Brooke di Sarawak.

 Dalam meniti kejayaan, Bantin pernah tewas dalam siri peperangan namun bukan menentang penjajah sebaliknya oleh bangsanya sendiri iaitu Munan Penghulu Dalam anak Penghulu Minggat dari Batang Paku, Saribas.

 Munan dikatakan sangat terkenal dan banyak membantu pihak Rajah Brooke menghapuskan kekusutan yang dicetuskan oleh ‘pemberontak’ Iban ketika itu dan banyak beroleh kejayaan hingga beliau dianugerahkan pangkat oleh Raja sebagai Penghulu Dalam.

 Dan kejayaan Munan pula banyak dibantu mimpi.

 Sepanjang hayatnya, Munan dikatakan membawa bala tenteranya melakukan aktiviti ngayau sebanyak tujuh kali dan tiga daripadanya sangat berjaya iaitu menewaskan Penghulu Jimbau di Engkari, Ulu Batang Ai disusuli menewaskan Bantin dan ayam tambatannya Ngumbang (Ulu Batang Ai) dan terakhir suku Kayan di Ulu Batang Rajang.

 Menurut catatan sejarah, pada 31 Ogos 1908, Munan sekali lagi diarahkan oleh Rajah menyerang Bantin di Bukit Mikai Pambar - sebuah daerah dalam kekuasaan Belanda di Indonesia.

 Namun kali ini, ekspedisi Munan gagal kerana beliau sendiri cedera dan ia terlebih dahulu muncul dalam mimpinya apabila Munan terkena semburan air pinang seorang wanita tua dikenali ‘Indai Abang’ - salah seorang yang sangat berkuasa dan sakti dalam mitos Iban.

 Kali ini, ketika menggempur kubu Bantin di Mikai Pambar, Munan cedera di paha akibat ditikam dengan senjata tajam oleh Jugu - seorang lagi ayam tambatan Bantin yang berani dan kebal itu menjadikan ekspedisi kayau itu gagal.

 Kebangkitan Bantin Bermula 1890, keadaan tegang di Hulu Batang Lupar mula memuncak.

 Di sini peranan Bantin mula terserlah.

 Bantin dan beberapa keluarga Iban yang merupakan pengikut Ngumbang berpindah ke kawasan hutan di Delok, dalam bahagian Engkilili.

 Tindakan itu dilakukan untuk mencari kawasan penanaman padi huma yang lebih sesuai selain mengelak undang-undang kerajaan Rajah Brooke.

 Ini sangat bertentangan dengan dasar kerajaan Brooke yang mahu penduduk membuat penempatan tetap di tebingtebing sungai utama sahaja.

 Dalam usaha memaksa Bantin berpindah balik ke kawasan asal, Ngumbang diarah menyerang Bantin namun gagal sebaliknya lima lagi keluarga dan Ngumbang turut menyertai Bantin.

 Sementara itu, kajian yang dibuat penulis di Wong Pandak dan merupakan tempat tinggal kebanyakan suku sakat dan waris Bantin dan anaknya Rengga mendapati Ngumbang yang merupakan ayam sabung dan rakan paling setia kepada Bantin bukan orang sebarangan.

 Menurut Jawa, Ngumbang yang juga ipar kepada Bantin tidak mempunyai ibu bapa sebaliknya merupakan anak Orang Panggau - tempat tinggal para dewa-dewi mengikut kepercayaan lama masyarakat Iban dan masih kekal hingga kini.

 Sepanjang hayatnya, banyak bersama Bantin dalam setiap suka duka perjuangan wirawan tersebut dan beliau dikatakan meninggal dunia akibat sakit tua.

 Kuburnya pula bukan sebarangan sebaliknya dikuburkan dalam lubang batu di Bukit Pan, Ulu Seriang, dalam wilayah Kalimantan Barat.

 “Kubur beliau sangat unik kerana bukan sahaja mendiang Ngumbang disemadikan dalam lubang batu malah ia adalah tempat tinggal kepada ‘remaung’ (makhluk jadian yang asalnya seekor harimau bintang atau harimau kumbang namun boleh bertukar saiz dan sangat ganas dan tangkas apabila sudah diresapi roh jahat).

 Satu lagi siri kebangkitan Bantin ialah disebabkan tiadanya sikap tolak ansur dan ketegasan melampau seorang Residen yang baharu dilantik - D.J.S Bailey sebagai Residen bagi Bahagian Kedua.

 Bailey dikatakan sangat tegas melaksanakan dasar-dasar kerajaan Rajah Brooke dalam usaha menguatkuasakan undangundang dan peraturan yang disifatkan keterlaluan dan menindas kaum peribumi.

 “Pernah sekali Bantin diarah bertemu Tuan D.J.S Bailey dan ditanya kenapa beliau dan JAWA IJU: Cicit kepada Bantin dan sempat melihat Bantin semasa hayatnya dan merupakan sumber penceritaan kepada penulis.

 MOHON RESTU: Dr Rayong menyembelih seekor khinzir sebagai tanda hormat dan minta restu atas kunjungan beliau dan peserta ekspedisi.

 pengikutnya kerap melakukan onar dan mengingkari arahan pihak pemerintah.

 Jawab Bantin, beliau bukan mahu menentang sebaliknya tidak gemar cara pemerintahan beliau sebagai Residen Simanggang (ketika itu) yang sangat keras, tegas selain membayar cukai ‘pala’ atau cukai pendapatan kepada pihak asing,” kata Jawa dan menambah amaran kepada tindakan Bailey yang kerap melakukan kayau terhadap anak buahnya.

 Kedua, keengganan Bantin dan beberapa orang ketua Iban yang berniaga di Kapuas (Kalimantan Belanda) membayar cukai.

 Perasaan antikerajaan semakin besar apabila Bailey yang berdendam dengan Bantin bertindak menghantar ekspedisi menghukum Bantin pada tahun 1896 dan dikatakan berjaya membunuh anak saudara Bantin dan kepalanya dibawa ke Skrang sebelum berpesta.

 Tindakan itu menyebabkan Bantin mengambil tindakan membalas dendam dengan menyerang Skrang - suatu tindakan yang tidak digemari Rajah Brooke.

 Susulan siri penentangan dan rundingan yang tidak berjaya akhirnya Rajah Charles Brooke hilang sabar dan menghantar satu ekspedisi menghukum Bantin pada bulan Jun 1902.

 Perang Kolera Ekspedisi itu dikatakan disertai lebih 12 ribu bala pengayau yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan ia dikenali tentera Sarawak Kingdom.

 Menurut Jawa Iju, ada antara bala tentera tersebut bukan secara sukarela menyertai ekspedisi sebaliknya dengan cara paksaan dan ancaman bunuh jika menolak pelawaan Rajah ketika itu.

 “Ini memaksa golongan belia dan mereka yang dikatakan boleh dijadikan askar kerahan terpaksa menuruti demi kelangsungan nyawa mereka...

jika ingkar arahan tetap akan mati justeru pilihan yang ada ialah menyertai bala tentera Rajah Brooke,” katanya.

 “Menurut Rajah Brooke, Bantin harus ditangkap kerana sering menimbulkan kekacauan dan melakukan kayau justeru dia perlu dihapuskan,” ujarnya sedangkan alasan utama kerana moyangnya itu hanya mengingkari membayar cukai kepada pihak pemerintah sedangkan sebagai penduduk tempatan rezeki yang diperolehi harus dinikmati lingkungan mereka sahaja.

 Menurut cerita Jawa yang diturunkan oleh datuknya, bilangan perahu pengayau terlalu banyak hingga digambarkan perahu pertama berada di Nanga Delok, dalam bahagian Skrang sementara perahu terakhir pengayau masih menyusuri Simanggang kini dikenali Sri Aman.

 “Sebaik mengetahui berita Rajah Brooke menghantar bala tentera untuk menyerangnya, Bantin sangat sedih dan kecewa menyebabkan beliau tidak tidur selama tiga hari dan tiga malam memikirkan nasib yang bakal menimpa beliau dan anak-anak buahnya di Delok ketika itu.

 “Moyang saya Bantin kemudian memanggil Ngumbang dan berkata inilah saatnya kita bangsa Iban akan hancur dan hanya tinggal nama memandangkan bala tentera musuh terlalu ramai dan pastinya tidak terlawan,” katanya.

 Selepas mendengar cerita Bantin, Ngumbang yang cukup setia kemudian pulang ke biliknya dan segera mengarahkan isterinya, Rabai agar membuat ‘piring’ untuk memohon bantuan dari dewa dan dewi Panggau Libau Lendat Di Biau Daun Isang.

 “Sebaik piring siap, Ngumbang segera naik ke alang rumah (tulang perabung rumah) dan berjalan mundar-mandir tujuh kali sambil menaburkan beras kuning meminta bantuan bala tentera dari Panggau.

 “Lengkap tujuh pusingan, Ngumbang segera turun dan sekali lagi mengarahkan Rabai membuat piring sebelum tidur di tempat khas dikenali Kubau atau Padung - tempat tidur pahlawan berani Iban ketika itu.

  • oleh
  • Advertisement