Anda di sini

Adeline Tsen musuhi Tasha Shila dalam telemovie ‘Parut’ di TV2

Advertisement
__alt__

DUGAAN datang bertimpa-timpa dalam hidupnya.

 Rita menjadi mangsa keadaan hingga disahkan mengalami sakit jiwa.

 Kebahagiaan yang dikecapi dalam hidupnya hanya seketika dan kemuncaknya dia dituduh membunuh pula.

 Pada masa sama kawan baiknya sendiri menjadi musuh dalam selimut.

 Situasi yang cukup mencabar ini ‘dihidupkan’ pelakon cantik Tasha Shila menerusi telemovie kekeluargaan bertajuk ‘Parut’ mengisi slot Citra di TV2 pada 6 Jun ini (esok), jam 10.

00 malam.

 Bergandingan dengan pelakon Adeline Tsen, Iqram Dinzly, dan Aidil Aziz sebagai watak utama yang menghidupkan plot kisah telemovie ini, perkembangan kisahnya bermula dengan watak Rita mengalami pengalaman yang pahit kerana diperkosa oleh bapa tirinya ketika remaja.

 Dia sering trauma dan mengalami tekanan emosi.

 Namun hidupnya berubah setelah berumahtangga dengan Maliki yang sangat bertanggungjawab dan menyayanginya.

 Mereka bahagia menjalani kehidupan suami isteri.

 Apatah lagi Rita kemudiannya disahkan mengandungkan anak sulung mereka.

 Begitu pun kebahagiaan mereka tidak bertahan lama apabila Maliki pula meninggal dunia.

 Rita kembali tertekan yang menyebabkan dia mengalami sakit jiwa.

 Dia keliru dengan takdir yang yang harus dijalaninya sehingga bertindak di luar kawalan mahu menggugurkan bayi dalam kandungannya.

 Setelah dinasihat oleh seorang doktor, dia bersetuju memberi anaknya kepada pasangan Mazni dan Afendi yang juga rakan rapatnya semasa di kolej.

 Kebaikan yang dipamirkan oleh Mazni dalam melayannya membuatkan Rita akhirnya bersetuju dengan cadangan tersebut.

 Mazni kemudiannya mengajak Rita untuk tinggal bersama mereka sehingga Rita melahirkan anaknya.

 Tibalah saat ditunggutunggu, Rita melahirkan anak perempuan yang diberi nama Quzaimah.

 Ketika itu hubungannya dengan Afendi dilihat semakin mesra.

 Situasi itu menimbulkan rasa tidak puas hati Mazni yang sememangnya dengki dengan kelebihan dimiliki kawan baiknya itu sejak dari zaman belajar lagi.

 Satu hari Afendi ditemui mati.

 Mazni cepat menuduh Rita yang membunuhnya kerana mereka bertengkar teruk pada malam sebelumnya.

 Mazni menguatkan kenyataan Rita tidak puas hati kepadanya dan Afendi menjadi mangsa keadaan.

 Rita ditangkap dan dipenjarakan.

 Namun hasil siasatan mendapati Mazni ada kaitan dengan kes kematian Maliki dan Afendi.

 Justeru siapakah sebenarnya yang menjadi Muka A6 Hiburan Adeline Tsen musuhi Tasha Shila dalam telemovie ‘Parut’ di TV2 Kruger menang di Cannes selepas ketepi imej glamor pembunuh keduanya? Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

 Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile.

 Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Advertisement