Anda di sini

‘Seharum Mawar’ dalam slot Widuri khas Ramadan ini di TV1

Advertisement
__alt__

MENGHAYATI bulan Ramadan yang mulia ini, drama bersiri dipilih menemui penonton saluran RTM bakal menyalurkan motivasi kepada masyarakat kita tentang cabaran yang dihadapi oleh seorang gadis yatim piatu yang bercita-cita untuk menjejakkan kakinya ke menara gading dan mengubah masa depannya.

 Menerusi watak utama yang dibawakan oleh Ika Nabila, drama 30 episod yang disiarkan setiap hari, jam 7.

00 malam menerusi TV1, penonton dibawa berkongsi kisah Mawar yang terpaksa bekerja sebagai orang gaji di rumah Puan Hafi fa setelah kematian datuknya.

 Di situ bermulalah kehidupan baru bagi Mawar yang terpaksa berdepan dengan kerenah tiga anak majikannya iaitu Farhan, Amin dan Syakir.

 Mawar cuba menjadikan mereka berubah.

 Mengisi slot Widuri, siri ini turut menampilkan pelakon Hafi dz Roshdi, Fezrul Khan, Jaslin Puasa, Usop Wilcha, dan Noniswara, kisahnya berlatarkan tentang Mawar anak yatim piatu dipelihara oleh datuknya, Tokya.

 Mawar berjaya menerima tawaran menyambung pelajarannya ke universiti, namun dia tidak dapat berbuat demikian lantaran kesempitan hidup.

 Tambahan pula Mawar tidak mendapat sokongan daripada keluarganya.

 Hanya Tokya yang menyokongnya tetapi apakan daya Tokya sudah tua dan sakit.

 Mawar berjaya mendapat 10A dalam SPM dan ditawarkan ke Universiti.

 Datuknya yang menjaga Mawar sejak kecil ingin sangat melihat Mawar sambung belajar.

 Walau bagaimanapun, himpitan kewangan telah tidak memungkinkan perkara ini terjadi.

 Mawar tiada tempat untuk mengadu kerana ibu dan ayahnya sudah tiada.

 Tokya menyara kehidupannya dengan menjadi pembantu di kedai runcit Abang Kamal.

 Anakanak Tokya iaitu Senah, Nah dan Husin langsung tidak menunjukkan simpati atau kasih sayang kepada Mawar.

 Sementara itu di Kuala Lumpur, keluarga Puan Hafi fa yang mempunyai tiga orang anak sedang mencari pembantu rumah.

 Tokya semakin sakit.

 Mawar berasa simpati kepada datuknya dan mula menggantikan Tokya sebagai pembantu di kedai Abang Kamal.

 Abang Kamal yang mempunyai isteri iaitu Sarah mula berminat untuk mengambil Mawar sebagai isteri keduanya.

 Mawar amat tertekan dan kecewa apabila dia mendapat tahu bahawa Mak Longnya yang merancang agar Abang Kamal mengahwininya.

 Tekanan Mawar semakin hebat apabila Tokya meninggal dunia dan dia sudah tiada sesiapa lagi untuk bergantung harap.

 Akhirnya Mawar mengambil keputusan untuk pergi mencari kehidupannya di Kuala Lumpur.

 Mawar diterima menjadi orang gaji di rumah Puan Hafi fa dan Tuan Jamal.

 Rumah itu dihuni juga oleh Farhan, Amin dan menantu mereka Syakir yang lumpuh.

 Selain itu, seorang kanakkanak perempuan anak kepada Syakir yang bernama Anggerik juga tinggal di rumah itu.

 Mawar menjadi orang gaji yang sangat rajin dan mula disukai oleh keluarga majikannya.

 Mawar menghadapi pelbagai kerenah penghuni rumah orang kaya itu.

 Syakir seorang yang pemarah kerana kecacatannya.

 Farhan pula sombong.

 Manakala Amin pula sedang sibuk bercinta dengan Syirin.

 Mawar tetap bertahan.

 Anggerik yang tiada beribu juga telah mula menyayangi Mawar kerana layanan Mawar yang sangat ikhlas itu.

 Manakala di kampung pula, Abang Kamal tetap menantikan kepulangan Mawar dan mencetuskan pertengkaran antara dia dan isterinya.

 Kehidupan Mawar di rumah itu berjalan seperti biasa.

 Malahan keikhlasan Mawar bekerja di sini telah membawa sedikit perubahan kepada seluruh ahli keluarga majikannya.

 Syakir mula boleh menerima Mawar di situ.

 Amin berkomunikasi baik dengan Mawar.

 Anggerik dilayan dengan baik dan manja.

 Hanya Farhan yang masih berdegil, berfoyafoya dan sombong.

 Malah Farhan sering mencari pasal untuk memarahi Mawar.

 Puan Hafi fa juga sering memperkatakan tentang kebaikan perangai orang gajinya kepada pelanggan-pelanggan di SPAnya.

 Dalam keadaan yang tenang itu sebenarnya Mawar tetap merintih hatinya dan sering teringatkan datuknya Tokya.

 Mawar tetap redha.

 Lalu apakah kesudahan jalan hidup Mawar? Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Advertisement