Anda di sini

Konflik antara adik-beradik dalam drama ‘Detik Berputar’ di TV1

Advertisement
__alt__

KISAH perjalanan hidup dua orang adik-beradik yang berbeza karakter menuju kepada satu matlamat yang sama melatari telemovie mengisi slot Panggung Seri yang disiarkan kepada penonton setia RTM pada jam 10.05 malam ini (3 Jun) menerusi TV1.

 Dengan tajuk ‘Detik Berputar’, telemovie dibintangi oleh Catriona Ross, Shah Iskandar, Syaffiq Sahli, Ramli Saleh dan Adam Shahz ini sarat dengan pengajaran berguna kepada semua orang kepentingan dalam menjaga hubungan adikberadik yang dituntut dalam agama.

 Kisahnya berkembang selepas kematian Datuk Kamal, pemilik Melati Holding, berlaku pertikaian antara anak-anaknya iaitu Zaki dan Imran tentang siapa yang akan menerajui syarikat.

 Ibu mereka, Datin Suriawati meminta mereka untuk keluar mengembara tanpa bekalan selama enam bulan untuk mengenal diri.

 Selepas balik, salah seorang dari mereka akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat.

 Zaki keluar dari rumah dan menumpang kawannya Rahman di apartmen mewah.

 Sementara adiknya Imran yang tiada hala tujuan telah dilanggar di depan masjid dan pengsan.

 Imran dibantu oleh jemaah masjid dan dibawa ke rumah Pak Mat, seorang pemungut kotak-kotak kertas untuk dijual.

 Apabila Pak Mat jatuh sakit, Imran telah menggantikan tugas Pak Mat memungut kotak.

 Setelah genap enam bulan, Zaki pulang ke rumah dan Imran pulang seminggu kemudian bersama Pak Mat.

 Kedatangan Pak Mat ke rumah tidak disenangi Datin lalu meminta Pak Mat balik.

 Rupa-rupanya Pak Mat adalah bekas pemandu arwah Datuk Kamal dan dia tahu banyak tentang keluarga itu.

 Jawatan CEO telah diserahkan kepada Zaki tetapi Imran tidak meluluskan tuntutan Zaki kepada syarikat untuk membayar hutangnya kepada Rahman.

 Zaki mendapat tahu bahawa Imran adalah anak angkat dan memberitahu Imran.

 Datin Suriawati sangat marah lalu memberitahu Zaki bahawa dia sebenarnya adik-beradik kandung dengan Imran.

 Datin Suriawati berterusterang mereka berdua adalah anak kepada arwah isteri muda Datuk Kamal.

 Zaki yang telah insaf telah menghalang Imran yang ingin keluar mengembara sekali lagi.

 Lalu apakah tindakan Zaki seterusnya? Adakah dia benar-benar ikhlas menyerahkan jawatan tersebut atau ada muslihat yang tersembunyi? Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

 Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile.

 Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Advertisement